03 Disember 2014

Majlis Taklimat Menubuhkan Pusat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kampung Melayu




Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat tetap bulanan JKKK bulan lepas di mana salah satu agenda yang tidak kurang pentingnya adalah menubuhkan Pusat melalui Cawangan AIM Libaran.

Objektif utama penubuhan Pusat AIM di kampung berkenaan adalah untuk membantu para penduduk yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan pada masa sama penduduk yang ingin menjalankan perniagaan.

Apabila pengurusan JKKK membuat perangkaan dan penilaian selain melakukan pemantauan kampung berkenaan. Kesimpulan yang didapati adalah masih ramai kalangan penduduk bumiputra yang tinggal di situ masih berada dalam situasi daif dan memerlukan bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan.

Langkah pertama yang diambil kira oleh pengurusan JKKK adalah untuk menimbang keperluan mereka adalah membangun ekonomi desa dengan melibatkan AIM memasuki kampung berkenaan supaya dapat membantu menyalurkan bantuan pinjaman kewangan mikro.

Saya berpendapat, AIM merupakan satu satunya agensi kerajaan yang memproses sistem pinjaman mikro yang paling mudah, kerana menyediakan bantuan pinjaman modal perniagaan kepada komuniti AIM tanpa cagaran dan penjamin (collateral).

Antara syarat pembiayaan adalah:
  1. Tanpa cagaran dan penjamin.
  2. Membentuk kumpulan seramai 5 anggota yang dipercayai dan mengikuti latihan asas pembiayaan selama 5 hari.
  3. Menubuhkan Pusat
  4. Menghadiri Mesyuarat Pusat yang diadakan sekali setiap minggu
  5. Menyumbang 1% daripada pembiayaan ke dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat
  6. (TKKS).
  7. Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu.
  8. Membayar balik pinjaman secara mingguan.
  9. Mencarum dalam Tabung Khairat Hutang (TKH).
  10. Caj pembiayaan 10% setahun atau 5% untuk tempoh 6 bulan atau pada kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa.
Penolong Pengurus Cawangan AIM Encik Sulaiman Ismail berkata tahun 2014 AIM telah menyalurkan pembiayaan kepada 2,600 Sahabat AIM di dua buah cawangan melibatkan sejumlah RM 6.5 juta.

“ Menjelang tahun 2015 AIM akan menyediakan pembiayaan mencecah RM 16 juta kepada semua Sahabat AIM sedia ada dan juga kepada bakal-bakal peminjam yang ingin menyertai Komuniti AIM di dua buah cawangan Libaran dan Sandakan. “  Jelasnya pada Majlis Taklimat di rumah kediaman Puan Rusminah, Kampung Melayu, Batu 8, Sandakan.

“ Terdapat banyak kemudahan serta faedah sampingan yang ditawarkan kepada rakyat yang berada dalam Komuniti AIM antaranya; pinjaman modal, pinjaman pendidikan, kesejahteraan keluarga, simpanan/tabungan, tabungan khairat (jaminan) dan tabung kebajikan dan kesejahteraan sahabat. “ Sambungnya.

Beliau berkata tujuan utama AIM adalah; Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan isi rumah yang berpendapatan rendah di negara ini dengan menyediakan pinjaman mikro untuk membiayai aktiviti ekonomi yang dapat meningkatkan dan menambah sumber pendapatan; Melahirkan usahawan daripada kelompok miskin dan berpendapatan rendah; Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan di kalangan miskin dan berpendapatan rendah.

Turut hadir pada Majlis Taklimat; Penolong Pengurus AIM Cawangan Libaran Encik Sulaiman Ismail, Pembantu Amanah AIM Cawangan Libaran Encik Mahadir Mahijuddin, Pengerusi JKKK Kg. Keluarga Encik Alawih Dantalmura dan Puan Amsiah Alam Timbalan Pengerusi JKKK Kg. Keluarga.

MAKLUMAN: Sesiapa yang tinggal dalam Kariah Kg. Keluarga dan Kg. Melayu serta yang tinggal berhampiran dengan kedua- dua kampung berkenaan, berhasrat untuk mendapatkan bantuan pembiayaan untuk mengembangkan perniagaan atau memulakan perniagaan ingin menyertai Komuniti AIM, anda boleh menghubungi Puan Rusminah (No. H/p: 0128299560).

Oleh: Admin



0 comments: