Malam tadi saya sukar hendak tidur diserang sakit perut teramat sangat akibat dari keracunan makanan atau boleh jadi menjama terlalu banyak pelbagai jenis makanan agaknya semasa berkunjung ke rumah-rumah sanak saudara di kampung dan rakan taulan semasa meraihkan Hari Raya.
Malam ini pun masih ada kesan sakit perut, namun saya telah pun mengenakan ubat untuk meredahkan kesakitannya. Jika esok masih terasa sakit terpaksalah saya berjumpa doktor dan dapatkan ubat dari klinik.
Allahu-akbar, Allahu-akbar, Allahu-akbar laa ilaaha illallahu Allahu-akbar, Allahu-akbar wa lillaahilmand.
Rasanya kesakitan seperti dipulas, badan tak tentu arah bergerak kiri dan kanan, kadang-kadang bangun duduk kemudian berdiri, sesekali masuk ke bilik tandas melepaskan air besar.
Ada seorang rakan bertandang ke rumah, katanya. "Biasalah tu... sebulan berpuasa perut kita terasa kosong dari makanan, kemudian menjelang hari raya dipenuhi pelbagai juadah dan lauk-pauk yang beragam rasa."
Hati saya yakin, betul juga kata rakan tu saya makan banyak janis kuih-muih, bermacam-macam makanan apatah lagi minuman bergas saya dah tak ingat jumlah gelas.
Memang tidak syak lagi kebenarannya kita dilatih dalam bulan Ramadhan untuk mengurangkan makanan, kemudian aktiviti itu kita lanjutkan walau pun pada selepas 1 Syawal seperti biasa diamalkan oleh Baginda Nabi SAW. (puasa enam hari).
Allahu-akbar, Allahu-akbar, Allahu-akbar laa ilaaha illallahu Allahu-akbar, Allahu-akbar wa lillaahilmand.
Teringat juga saya kata ulama, hari raya bukannya untuk menjamu selera dengan melayan nafsu makan banyak hingga tak tergendong oleh perut. Hari raya merupakan hari kegembiraan, hari kemenangan dengan memperbanyak takbir, tasbih dan tahmid.
Meningkatkan amalan ibadah pada hari raya sungguhpun bagaimana banyaknya tidak akan menjejaskan jasmani kita, malahan ia akan menambah cahaya pahala nurani kita.
Ada seorang ulama terkenal katanya. "Hari raya yang hakiki adalah apabila kita merayaknnya bersama orang-orang miskin dan anak-anak yatim dengan memberikan kepada mereka makan sebagai sedekah sama-sama meraikan hari kemenangan yang mulia dan itulah dia Eid Hakiki."
Allahu-akbar, Allahu-akbar, Allahu-akbar laa ilaaha illallahu Allahu-akbar, Allahu-akbar wa lillaahilmand.
Wahai sekalian sanak saudara, sahabat handai, rakan-rakan dan muslimin muslimat dengan penuh keikhlasan jiwa saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI & EID MUBARAK Maaf Zahir Batin, semoga hendaknya segala amalan yang kita laksanakan sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubrak lepas diqabulkan mendapat anugrah pahala oleh Allah SWT. Ameen... ameen... Allahummah ameen!
Allahu-akbar, Allahu-akbar, Allahu-akbar laa ilaaha illallahu Allahu-akbar, Allahu-akbar wa lillaahilmand.
Oleh: Admin
0 comments: