12:30 a.m. lewat tengah malam tadi sedang saya membaca Al-Quran Kareem, anak saya Tahir datang bergegas memaklumkan kepada saya. Dia mendapat maklumat daripada rakan onlinenya.
" Pak cuba buka TV tengok ada berita kehilangan pesawat Mas lagi MH17..." Katanya sambil meminta remote control.
Saya menjawab " Betul ke...? "
" Betul Pak..." Sambungnya.
Kemudian saya katakan kepadanya buka Awani.
Memang benar sebaik sahaja paparan Awani keluar, pemberita sedang melaporkan dari bilik berita informasi berkenaan tragedi pesawat Mas MH17. Menurut sumber berita Awani yang mereka terima dari sumber negara Ukraine mengatakan pesawat Mas itu terhempas di sempadan Rusia dan Ukraine akibat terkena tembakan.
Menurut sumber yang diterima mereka, belum dapat dipastikan pihak yang bertanggunjawab menembak pesawat berkenaan. Pihak kerajaan Malaysia sedang berusaha meneliti dan menyiasat insiden itu untuk apa-apa tindakan susulan.
Saya hentikan sejenak pembaxcaan Al-Quran lalu mendengar laporan berita Awani. Pemberita sedang membacakan beberapa laporan infomasi yang mereka terima tentang situasi sebenar. Awani memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang dalam perjalanan ke KLIA.
Menurut laporan berkenan dikuatiri seramai 298 nyawa terkorban di dalam penerbangan pesawat malang berkenaan berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Amsterdam menuju lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dijangka tiba jam 6:10 pagi.
Saya membaca " Nastagfirullah al-adzeem.... " sebanyak tiga kali.
Berdebar-debar hati ini serta tersimpul kata " situasi yang sangat trajis dan sadis sedang menimpa negara kami. "
" Ya Allah... Yang empunya tadbir langit dan bumi serta di antara keduanya. Apakah Engkau sedang menghantar tanda-tandaMu memberitahu negara kami, pemimpin kami dan seisi rakyat jelata...? Wahai Tuhan kami Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Lindungilah negara kami, pemimpin kami dan seluruh rakyatnya dari segala bentuk musibah.
Jika sekiranya ujian musibah telah takdir ke atas negara kami, pemimpin kami serta sekalian rakyatnya, kami mohon kepada Engkau wahai Tuhan pencaga pencipta langit dan bumi serta seisinya, ringankanlah dan kurangkanlah ujian itu sesuai dengan kemampuan kami.
Siapakah yang boleh membantu dan menolong kami kalau bukanya Engkau Ya Allah, hanya kepada Engkau sahaja kami menyembah dan hanya kepada Engkau sahaja kami memohon pertolongan, inna lillahi wa inna ilahi rodzi'uunn.
Ameen... ameen... Ya Rabbal 'alameen. "
Sekalung Takziah disertai lafaz Al-Fatihah dan inna lillahi wa inna ilaihi rodzi'uun... untuk keluarga yang ditinggalkan oleh mangsa terlibat terkorban di dalam musibah MH17, semoga anda semua diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi insiden yang mengejutkan ini.
(155) Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(156) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Al-Quran - Surah Al-Baqarah : 155 & 156
Sumber: Admin
0 comments: