21 Januari 2014

Majlis Penyerahan Projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan


"Kerajaan negeri bersedia untuk memberikan tanah walaupun di mana, walaupun di bandar"  -  Ketua Menteri Sabah


Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman merasmikan Majlis Penyerahan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan


Kerajaan negeri Sabah melalui kepimpinan Barisan Nasional Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj. Aman akan sentiasa bersedia menyediakan kawasan tanah untuk tujuan perumahan rakyat sungguhpun tanah yang terletak di kawasan perbandaran demi kesjahteraan dan keperluan rakyat.

"Kerajaan negeri bersedia untuk memberikan tanah walaupun di mana, walaupun di bandar." Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan upacara Majlis Penyerahan PPR Lintas Sibuga, dalam kawasan Batu Sapi, Sandakan pada Isnin.

Beliau berkata di mana kerajan Barisan Nasional adalah kerajaan yang menepati janji apabila berjanji kepada rakyat untuk menyalurkan keutamaan keperluan rakyat seperti keperluan perumahan.

Bukan itu sahaja, para Pemimpin Barisan Nasional, Menteri-Menteri, ADUN-ADUN dan MP-MP Barisan Nasional terus menerus turun padang walaupun dalam suasana musim hujan untuk bersama-sama dengan rakyat.

Beliau menasihatkan kepada penerima-penerima rumah PPR Lintas Sibuga supaya menjaga keselamatan, keceriaan dan kebersihan rumah demi keselesaan disamping memupuk semangat kejiranan dan setiakawan serta tolong-menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Terdahulu Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Kerajaan Persekutuan mensasarkan pembinaan perumahan rakyat di seluruh negara sebanyak 92, 630 unit.

"Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan keseluruhan pembinaan sebanyak 92,630 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat di seluruh negara. Sebanyak 69,336 unit telah siap dibina dan sebanyak 23,294 unit masih dalam peringkat pelbagai perancangan dan pelaksanaan."  Katanya semasa berucap di Majlis Penyerahan Projek PPR Lintas Sibuga.

Kerajaan telah menyediakan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM 2.571 bilion. Sementara dalam program pembinaan perumahan yang baru kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM 2.8 bilion bagi antara 2014 sehingga 2018, dari jumlah itu sebanyak RM 600 juta diperuntukan untuk pembangunan perumahan di negeri Sabah.

Katanya. "Kerajaan telah dan sedang melaksanakan sebanyak 27 projek di negeri Sabah yang melibatkan sebanyak 19,491 unit dan ada 8 buah projek lagi sedang dalam proses perancangan melibatkan sebanyak 4,000 unit rumah."

Projek perumahan rakyat yang telah siap di Daerah Sandakan adalah sebanyak 3,900 unit dan ada 1,000 unit lagi sedang dalam proses pembinaan, sementara terdapat 1,000 lagi diperuntukan untuk daerah Sandakan yang sedang dalam perancangan.

Beliau memaklumkan, projek PPR Lintas Sibuga terdiri dari 500 unit dalam 7 buah blok di atas tanah seluas 9.9 ekar yang menelan belanja sebanyak RM23.7 juta mula dibina pada 27 April 2009 dan siap sepenuhnya pada 12 November 2013.

Hadir pada majlis berkenaan; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah (KPKT), Datuk Hajiji Mohd Noor Timbalan Menteri KPKT, Datuk Zakaria Mohd Edris, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Thsen Thau Lin, ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahaya, ADUN Elopura Datuk Au Kam Wah, Ketua Bahagina UMNO Sandakan, Tan Sri Hj. Ampong Puyon, Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Armanih Hj. Mahiruddin, Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Er. James Wong dan Timbalan Presiden MPS, Tuan Hj. Hamsan HJ. Awang Supain serta ramai lagi. 


Menteri KPKT, Datuk Abdul Rahman Dahlan


ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya bersalam dengan para jemputan kehormat


Sebahagian dari blok Perumahan PPR Lintas Sibuga


Barisan AJK Bahagian UMNO Batu Sapi dan UNit Kemajuan Rakyat Sekong


Admin (kanan) bersama sebahagian dari AJK Bahagian UMNO Batu Sapi


Barisan AJK Bahagian UMNO Batu Sapi


Jamuan makan tengahari selepas selesai majlis


Sumber: Admin



0 comments: