30 November 2013

RM103.92 juta dicadang untuk Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di bawah Bajet 2014 - Datuk Radin Maleh


Setiap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) diingatkan menggunakan Pejabat Daerah di kawasan masing-masing sebagai saluran apabila mengemukakan permasalahan kampung kepada pihak kementerian atau jabatan yang berkaitan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh berkata, Pejabat Daerah yang diketuai Pegawai Daerah adalah menjadi saluran dalam apa juga urusan yang disampaikan kepada mana-mana kementerian atau jabatan mahupun agensi kerajaan.

Katanya, jangan kemukakan urusan atau permohonan terus kepada menteri kerana saluran atau prosedur yang betul adalah melalui Pejabat Daerah yang mentadbir d iperingkat daerah.

“Ini kerana setiap perkara yang dikemukakan kepada pihak atasan perlu diketahui oleh pentadbiran peringkat daerah termasuklah jabatan-jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Pengurusan Dan PentadbiranJKKK/JKDB Kawasan Nabawan di Sento Hotel, Keningau pada Khamis.

Radin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melalap berkata, jika pengerusi JKKK mengemukakan permohonan terus kepada Menteri dan Ibu Pejabat jabatan yang berkaitan ia akan melambatkan prosesnya kerana setiap permohonan perlu dirujuk kepada pentadbiran peringkat terlebih dahulu.

Justeru itu katanya, sebaik-baiknya hendaklah setiap permasalahan atau permohonan perlu melalui Pejabat Daerah.

Radin dalam ucapannya turut menasihatkan setiap PengerusiJKKK/JKDB agar jangan melontarkan sebarang kritikan tanpa usul periksa seolah-olah memberi ‘batu api’ kepada anak-anak buah di bawah jagaan masing-masing.

Katanya, pengerusi JKKK boleh membuat kritikan yang membina di samping memberi penjelasan dasar-daras kerajaan kepada anak-anak buah masing-masing.

Dalam masa yang sama Radin memberitahu sejumlah RM103.92 juta yang dicadang di bawah Bajet 2014, diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah untuk meneruskan pelaksanaan projek-projek membasmi kemiskinan khususnya program Mini Estet Sejahtera (MESEJ) Pertanian, MESEJ Akuakultur,MESEJ Bersepadu dan MESEJ Mikro di samping melaksana projek-projek Pembangunan Ameniti dan Ekonomi Desa, Program Kampung Sejahtera, Program Keusahawanan Desa dan projek-projek kecil luar bandar demi meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya di luar bandar.

Katanya, pelaksanaan program MESEJ yang dimulakan pada tahun 2004 dengan memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan lubuk kemiskinan di hampir seluruh Negeri Sabah telahpun menampakkan impak yang ketara.

Setakat ini katanya, terdapat 45 MESEJ dalam pelbagai tahap pelaksanaan dan termasuk tiga dari daerah Nabawan iaitu MESEJKampung Salinatan, MESEJ Kampung Labang 1 dan MESEJ Kampung Labang 2, yang mana akan dapat memberi faedah kepada 99 Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) bila telah siap sepenuhnya.

“Di samping itu, bagi tahun 2014, sebuah lagi Ladang di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) iaitu Ladang PPRTSumatalun akan dilaksanakan di daerah Nabawan dan dijangka melibatkan seramai 360 (KIRMT),” jelasnya, Ladang PPRT ini adalah ladang ketiga selepas Ladang PPRT Kalabakan dan Ladang PPRTTongod. Sejumlah 1,117 orang Ketua Isi Rumah Miskin Tegar (KIRMT) di Tawau dan Tongod telah terlibat sebagai peserta dan kesemua 393 orang KIRMT di Tawau dan seramai 774 orang KIRMTdaerah Tongod telah menerima dividen sebanyak RM400 sebulan bermula Januari tahun 2010 selain mendapat upah kerja ladang dan rumah.


Sumber: newsabahtimes


0 comments: