Ahli Parlimen P. 185 Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin turun padang menyerahkan sebanyak 50 unit tangki air dan sebuah mesin janakuasa untuk keperluan dan keguanaan penduduk kampung dalam lawatan sulungnya ke Kg. Keluarga.
Datuk Linda telah berusaha dengan membuat permohonan peruntukan kepada kerjaan negeri melalui Ketua Menteri Sabah untuk menaik taraf jalanraya sedia ada.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman kerana telah meluluskan usaha saya untuk menaik taraf jalanraya dari Jalan Besar, Jalan Lintas Sibuga ke kawasan Kg. Keluarga." Katanya dalam ucaptama di Majlis Mesra Rakyat, Kg. Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan pada Ahad.
Terdahulu Pengerusi JKKK Kg. Keluarga, Encik Alawih Dantalmura memberitahu penduduk kampung, Pemimpin Barisan Nasional seperti Datuk Linda Tsen Thau Lin telah membuktikan keprihatinan dalam program mebantu rakytat.
Sambil menunjukan surat permohonan yang dimajukan pada tahun lepas, beliau menjelaskan kepada masyarakat kampung, Datuk Linda telah menunaikan janjinya dengan meluluskan permohonan masyarakat kampung, bukan itu sahaja malah menambah bantuan kepada penduduk sebanyak 50 buah tangki air.
Hadir sama; Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Encik Nyuk Thou Kong, Encik Ahmad Danial (Ketua Cawangan UMNO), Encik Elcospini Gustaham (Ketua Cawangan UMNO) dan Ketua Wanita UMNO Cawangan Kg. Keluarga, Puan Shaheeda Dantalmura.
Alawih D. Yusop menerima bantuan tangki air bagi pihak penduduk kampung daripada Datuk Linda Tsen Thau Lin
Ketibaan Datuk Linda Tsen Thau Lin di sambut penduduk kampung
Penduduk kampung mengiringi ketibaan Datuk Linda Tsen Thau Lin
Datuk Linda Tsen Thau Lin dan rombongan bersama penduduk Kg. Keluarga
Sebahagian penduduk yang hadir pada Majlis Mesra Rakyat
Pengerusi JKKK menyampaikan hadiah tanda penghargaan kepada Datuk Linda
Datuk Linda dirai dengan jamuan petang
Datuk Linda bersama pasangan Pengerusi & Setiausaha JKKK Kg. Keluarga
Ini adalah jalanraya konkrit dari Jalan Besar Lintas Sibuga ke Kg. Keluarga, hasil usaha oleh Datuk Linda melalui peruntukan kerajaan negeri
Sumber: Admin
0 comments: