Salam Sejahtera dan Salam Hormat,
Tahniah saya ucapkan kepada Ketua-Ketua Cawangan dan Para Perwakilan Cawangan-Cawangan Pemuda UMNO Batu Sapi yang telah selesai mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Sejajar dengan langkah transformasi yang dilakukan pucuk pimpinan parti, maka tahun ini adalah pertama kali UMNO mengadakan pemilihan yang agak demokratik iaitu tanpa memerlukan penentuan kuota seperti biasa dilakukan terdahulu.
Dengan cara sedemikian, maka ahli tidak lagi berhadapan dengan kekangan dan halangan atau apa-apa tekanan dari mana-mana pihak untuk mereka menawarkan diri bertanding di semua peringkat.
Sehubungan itu, suka saya menarik perhatian anda semua khusus kepada perwakilan pemuda di bahagian Batu Sapi. Tahniah kepada anda semua kerana tidak mempertandingkan Jawatan Ketua Pemuda Bahagian Batu Sapi dan mengekalkan Encik Khairul Firdaus Akbar Khan penyandangnya untuk sepenggal lagi meneruskan perjuangannya memandu arah pembangunan pemuda di Batu Sapi.
Ini akan memantapkan lagi kredibiliti dan pengalaman Ketua Pemuda meneruskan kesinambungan perjuangan sehingga beliau benar-benar mapan sebagai salah seorang pemimpin masa depan di peringkat Bahagian Batu Sapi kelak, insya-Allah.
Pada masa sama saya amat bersetuju adanya pertandingan di peringkat Naib Ketu Pemuda, kerana ia adalah langkah bijak untuk memilih pemimpin pelapis di peringkat Pergerakan Pemuda Batu Sapi yang mempertemukan dua orang calon baru iaitu Mohd Azmy Jamal dan Yasser Rashdan Hamdan..(gambar atas)
Sebagai pemimpin akar umbi, saya lebih tertarik dengan ketrampilan Yasser Rashdan Hamdan untuk ditonjolkan, diberi peluang, dianjak sebagai pemimpin nombor dua di Pergerakan Pemuda Batu Sapi Alasannya adalah berasaskan kebolehannya berkomunikasi dengan baik (pengucapan awam) dan memiliki pengalaman memimpin terhadap pemuda dan belia, apatah lagi sekarang pun beliau mengikuti program Toastmasters International khusus dalam bidang pengucapan awam dan kepimpinan.
Berikut ini saya kongsikan dengan anda pengalaman dan penglibatan beliau semasa berada dalam urusan NGO dan politik.
INFO CALON:
Nama:
YASSER RASHDAN HAMDAN
Penglibatan NGO:
- Naib Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Hira Negeri Sabah
- Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Al-Hira Cawangan Sandakan
- Penasihat Sabah Martial Art (SMART)
- Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Belia Batu Sapi
Penglibatan Politik:
- Ketua Cawangan UMNO Kampung Bokara
- Mantan Timbalan Pengerusi Biro Putera UNNO, Pergerakan UMNO Batu Sapi 2004-2008
- Mantan Penolong Bendahari Pergerkan Pemuda UMNO Batu Sapi 2007-2008
Sumer: admin
0 comments: