Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya JP
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong N.43, Datuk Samsudin Yahay berkata, kontraktor yang diberikan tanggungjawab sebagai pelaksana untuk membina dan menyiapkan Jalan Batu Sapi telah pun diambil tindakan kerana tidak dapat meneruskan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan Jalan Batu Sapi.
" Kontraktor berkenaan ada wang tahanan pada piahak kerajaan, kerana mereka gagal menyiapkan projek Jalan Batu Sapi kerana telah muflis. " Jelasnya.
Katanya, pihak kerajaan telah pun mengambil inisiatif dengan menahan dana kontraktor berkenaan dan telahpun membuka tender baru kepada kontraktor yang lain untuk meneruskan pembinaan dan menyiapkan Projek Jalan Batu Sapi.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Malam Mesra Hari Raya Aidil Fitri anjuran ADUN Karamunting N. 44 YB Charles O Pang di Kg. Karamunting pada Jumaat.
Turut hadir; Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 43 Sekong, Encik Zantapha Zainal Abidin, Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Jamaya Hj. Sapawi, Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Batu Sapi Encik Kong dan rombongan UMNO Bahagian Batu Sapi.
ADUN Karamuhnting N. 44 YB Charles Pang berucap mengalu-alukan hadirin tetamu
Sebahagian daripada tetamu majlis
Naib Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Puan Marlina turut hadir pada majlis tersebut
Sebahagian daripada Ketau-Ketua Cawangan yang hadir
Penduduk Kg. Karamunting memenuhi kawasan Majlis Malam Mesra Hari Raya
Nyanyian dan tari menari turut dipersembahkan untuk menghiburkan para tetamu
Penari Darling-Darling/Egal
Admin bersama kaki-tangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat
Sumber: Admin