Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya di Kg. Lupak Meluas Darat
Datuk Samsudin Yahya berkata kita di Malaysia amat bertuah, kerana Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pencetus Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), malah meneruskan ke BR1M 2.0 dan melanjutkan serta menaikan bantuan itu setiap tahun apabila memenangi Pilihan Raya Ke-13 (PRU13).
Katanya tidak seperti apa yang dicetuskan oleh Anwar Ibrahim yang mengadakan Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3.
"Anwar Ibrahim sanggup mempertahankan Israel, Datuk Seri Najib datang ke Gaza melawat orang-orang Palestine yang ditindas oleh Israel, bererti kita hendaklah berbangga dengan Datuk Seri Najib kerana sanggup datang ke Gaza satu-satunya Perdana Menteri di dalam dunia yang pernah datang ke Gaza dan Datuk Seri Najib tidak gentar kerana memperjuangkan Islam di Palestine." Katanya di hadapan lebih seratus pengundi di rumah Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib (Bekas Ketua Bahagian SAPP Sekong) pada Selasa.
Katanya. "Anwar Ibrahim berjanji bahawa apabila mereka menang BR1M akan dihapuskan, belia-belia tidak lagi akan mendapat BR1M, anak-anak sekolah yang mendapat RM150 pada akan datang tidak ada, banyak mereka akan hapuskan, pinjaman PTPTN juga akan dihapuskan,"
"Kalaulah kita perhatikan Manifesto Akujanji BN, kita boleh baca di dalamnya, ada yang telah dilaksanakan dan janji itu akan ditepati." Jelasnya
Beliau berkata Nik Aziz dan Hadi Awang sebagai ulama bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan di dalam kitab Bible.
Katanya DAP pula pernah berjanji, apabila mereka memerintah negara ini, mereka akan tukarkan agama rasmi negara daripada agama Islam kepada agama Kristian.
Beliau menjelaskan, di Parlimen Batu Sapi jangan kamu pandang calon, yang kamu undi itu bukan Linda, bukan saya, tetapi yang kamu undi itu adalah Barisan Nasional, kerajaan yang mempertahan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Katanya BN amat isitmewa kerana terdapat 13 buah parti komponan yang bergabung dalam BN sepakat dengan satu keputusan dan tidak berlawan sesama sendiri. Pembangkang cuma ada 3 buah parti, tetapi terbukti mereka tidak sehaluan kerana berlawan sesama mereka sebagai calon PRU13.
"Cuba bayangkan kalau mereka menang, mereka akan bertengkar berebut menjadi perdana menteri." Katanya.
"Kalau kita undi BN bererti kita pilih masa depan anak-anak kita, jika kita undi BN bererti kita pilih tinggal di negara yang aman damai." Jelasnya.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berhasrat akan meminta kepada kerajaan supaya tanah yang sedang di duduki ini dijadikan tapak perkampungan tradisi.
Katanya kawasan yang sedang diduduki penduduk di sini adalah tidak sesuai untuk apa-apa bentuk bangunan kerana di bawahnya terdapat air.
"Saya masih ingat sebelum menjadi wakil rakyat, kawasan ini pernah terbakar, saya berjumpa dengan Datuk Seri Musa dan berkata kepadanya di mana saya hendak meletakkan penduduk di sini. Presiden MPS kata boleh!" Katannya disambut tepukan gemuruh penduduk yang hadir.
Terdahulu, tuan rumah bekas Ketua Bahagian parti SAPP, Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib dalam ucapan alu-aluannya berkata telah berada dalam parti SAPP selama 4 tahun 1 bulan dan meninggalkan parti itu kembali menyertai BN, kerana BN adalah sebuah parti yang besar dan kuat sedangkan SAPP adalah sebuah parti yang kecil dan gelap.
Katanya. "Di kampung ini tidak perlulah kita kempen, sebab saya percaya mejoriti penduduk di sini mengundi BN, tetapi peraturan menyatakan kita perlu berkempen."
"Semasa saya menjadi ketua kampung di sini pada tahun 2006, terdapat seramai 401 orang pengundi Sekong. Setelah saya menyertai SAPP dan kembali ke pangkuan BN pada hari ini pengundi telah meningkat kepada lebih kurang 800 orang, saya percaya yang menyertai pembangkang cuma 30 orang sahaja dan selebihnya memilih BN iaitu sebanyak 750 pengundi. " Jelasnya.
Katanya. "Kalau kita undi pembangkang bermakna kita tidak bersyukur kepada Allah SWT, bayangkan banyaknya bantuan yang diberikan oleh kerajaan BN, seperti BR1M, bantuan untuk ibu tunggal, bantuan anak sekolah dan sebagaianya."
"Kita buat konsep payung, maksudnya kalau seorang sahaja yang mendengar hanya seorang sahaja yang mengundi, konsep payung yang saya maksudkan adalah apabila saudara selesai dari majlis ini tolong sampaikan mesej penting pada malam ini kepada keluarga saudara di rumah dan saudara terdekat yang lain katakan 'tolong undi BN'." Tegas beliau.
Turut hadir; Ajk Bahagian UMNO Batu Sapi, Margus Taling & Alawih D. Yusop, Naib Ketua Wanita UMNO Batu Sapi, Marlina, Ketua Kg. Tabah Baru, Ramlin Sila, Pengerusi JKKK Kg. Lupak Meluas, Mansor Aukasa, Bekas Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi dan Bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong, Alihasan Udin.
Calon DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya kempen di Kg. Lupak Meluas Darat
Perjumpaan Kempen PRU13 di rumah Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib
Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib berucap mengalu-alukan kehairan tetamu (pengundi)
Pengacara Majlis, Encik Masor Aukasa (Pengerusi JKKK Kg. Lupak Meluas Darat)
Ketuan Kg. Tabah Baru, Encik Ramlin Sila memberikan ucapan PRU13
Bekas Naib Ketua Cabang PKR, Encik Jainuddin Hassan telah menyertai BN
Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi, Encik Margus Taling turut berucap
Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi, Encik Alawih D. Yusop (kiri) hadir sama dalam majlis perjumpaan PRU13
Tuan Hj. Abdul Rashid Mutalib (kiri) dan Encik Jainuddin Hassan (kanan)
Tetamu (pengundi-pengundi)
Tetamu (pengundi-pengundi)
Sumber: Admin
0 comments: