Datuk Samsudin Yahya kempen di Taman Mesra
Calon Barisan Nasional (BN) DUN Sekong, Mejor (K) datuk Samsudin Yahaya berkata menifesto pembangkang janji ibarat pungguk rindukan bulan, sebab janji pungguk rindukan bulan, apabila bulan mengembang ia akan jatuh, pungguk berbunyi sehingga pagi tetapi bulan tidak akan jatuh, seperti itulah juga janji-janji pembangkang.
Pembangkang biasanya mengatur strategi dengan pelbagai propaganda atau fitnah yang ditaburkan kepada rakyat seperti contoh pesanan ringkas yang pihak pembangkang hantar melalui telefon bimbit.
Berbunyi. “sila dapatkan wang pendahuluan sebanyak RM500 sebelum 5 Mei 2013 Ahad dari ketua cawangan masing-masing sebelum turun mengundi tatap BN.”
“Ini adalah salah satu fitnah daripada pembangkang.” Jelasnya.
Katanya bantuan kerajaan BN melalui BR1M sehingga RM1,200 telah membuatkan pihak pembangkang tidak dapat tidur lena sehingga menghantar pelbagai pesanan ringkas melalui telefon bimbit rakyat.
“Sesiapa sahaja yang menerima pesanan ringkas ini, usah percaya, kerana ianya datang dari pihak pembangkang yang terdesak dan tersepit.” Samsudin menasihatkan para pengundi semasa berucap di Program Mesra Rakyat dan Janji Ditepati di Taman Mesra, Sandakan pada Jumaat.
Terdahulu bekas pimpinan parti PKR, Encik Jainuddin Hassan menjelaskan mengapa ia berada di BN bersama-sama Datuk Samsudin Yahaya.
Katanya selama 14 tahun berjuang di barisan pembangkang Pakatan rakyat terlalu banyak melancarkan propaganda.
“Saya sedar selama ini saya terlalu banyak melancarkan propaganda terhadap Datuk Samsudin yang di dalam website itu mengatakan bahawa beliau adalah pemimpin kasanova.” Katanya.
“Sebanranya tuau-tuan ini tidak ada, itu adalah pelancaran propaganda untuk menjejaskan imej beliau di mata masyarakat amnya di Batu Sapi.” Jelas Jainuddin.
Belia mengakui dengan berkata. “Hadirnya saya pada malam ini adalah meperbetulkan keadaan, Datuk Samsudin tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, tetapi saya dan beberapa rakan propaganda dalam PKR melancarkan untuk menjatuhkan imej yang selama ini mendapat sokong orang-orang di N. 43 Sekong.”
Beliau meperjelaskan bahawa manisfesto yang dilancarkan oleh PKR semuanya adalah janji-janji palsu.
Datuk Samsudin Yahya berkempen di Taman Mesra
Pengerusi JKKK Kg. Air Encik Jaafar Mustapha
Bekas Ketua Bahagian SAPP Sekong, Hj. Abdul Rashid Mutalib
Bekas Naib Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Jainuddin Hassan
Masyarakat Taman Mesra (pengundi-pengundi DUN Sekong)
Masyarakat Tamana Mesra (pengundi-pengundi DUN Sekong)
Alawih D. Yusop bersama jentera PRU13 Taman Mesra
Sumber: Admin
0 comments: