Pertama sekali saya ucapakan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas tanggungjawab yang telah mereka lakukan demi kepentingan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia di Lahad Datu, Sabah.
Kedua saya ucapkan sebesar-besar takziah (innalillahi wa innailaihi rozi'uun) kepada keluarga anggota keselamatan yang telah terkorban dalam pertempuran dengan pihak musuh dalam insiden di Lahad Datu dan Semporna, semata-mata berjuang mempertahankan wilayah dan warga Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah berterima kasih kepada kerajaan yang bersungguh-sungguh melalui kedua pasukan PDRM dan ATM mengurus pertahan serangan pihak musuh negara demi menyelamatkan jiwa rakyat dan maruah negara. Semua rakyat tanpa mengira warna kulit dan pegangan agama perlu meletakkan perpaduan bersama di belakang pasukan keselamatan mendokong usaha mereka.
Saya sangat kecewa dengan beberapa komen negartif daripada segelintir rakyat yang merendah-rendahakan kebolehan pasukan keselamatan, sebab sifat sedemikian akan melunturkan semangat juang pasukan kita menentang musuh.
Memang tidak kita nafikan adanya kelemahan, tetapi janganlah kelemahan itu dijadikan topik utama menjadi perbualan di merata termasuk perbualan di alam siber.
Ya! Kita berbeza fahaman politik, berbeza pendapat, berbeza pegangan agama, tetapi dalam soal mempertahankan tanah air semua kita perlu berpadu menjadi satu warga yang kukuh. Jika kita boleh lakukan perkara ini, lihat nanti kesannya, warga dunia akan menghormati dan menyegani kita.
Seperkara lagi, saya hairan dengan gelagat muda mudi zaman siber ini, mereka jadikan pentas media sosial untuk melemparkan komen-komen yang sangat negatif terhadap pasukan keselamatan kita, bukan itu sahaja malah melemparkan tuduhan yang tidak senonoh kepada pemimpin kita, di mana silapnya....?
Kes tuntunan Kesultanan Sulu terhadap negeri ini telah lama wujud, minda saya masih berfungsi mengimbas kembali suasana pada ketika itu saya masih murid sekolah rendah. Pada waktu itu nama mendiang Ferdinan Marcos meletop di seluruh pelosok bumi angkara proses penuntutan Sabah. Masalah ini tidak akan berakhir selagi mereka tidak berhenti menyuarakan tuntutan mereka ke atas negeri kesayangan tempat kelahiran kita ini.
Kesalahan besar di pihak musuh (Kesultanan Sulu) adalah mereka datang dari pintu belakang dan bukannya dari pintu depan. Kalau pun kita tanya semua ulama, sudah pasti ianya adalah satu kesalahan apatah lagi berbekalkan kelengkapan peralatan senjata.
Rasulullah SAW telah menasihatkan ummatnya bertandang ke rumah orang lain melalui pintu depan, walhal rumah sendiri pun hendaknya melalui pintu depan.
Sudah tiba masanya kerajaan bertegas dan usah lagi melayan suara-suara tuntutan, kerana pungutan suara telah membuktikan keputusan muktamad dibuat oleh seramai 2/3 rakyat negeri ini merdeka menjadi Malaysia. Keputusan yang telah dibuat oleh bapa-bapa dan ibu-ibu kita itu tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ia telah pun termaktub dalam sejarah perundangan dunia.
Oleh: Admin

0 comments: