Datuk Samsudin bersama masyarakat suluk tempatan
Lebih 100 orang masyarakat tempatan kaum Suluk daerah Sandakan telah berkumpul di Dataran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) pada petang khamis lepas sebagai mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan oleh militan Kesultanan Sulu di Kg. Tanduo, Lahad Datu.
Mereka adalah pemimpin masyarakat Suluk yang datang dari Kampung Bahagia dan beberapa kampung sekitar kawasan Batu Sapi berkumpul beramai-ramai bagi menunjukkan semangat perpaduan menentang insiden yang berlaku di Lagad Datu.
Turut hadir bersama kumpulan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Yang Berhormat Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menyokong sepnuhnya tindakan mengecam penverobohan berkenaan.
Beliau berkata masyarakat Suluk tempatan menolok dan mengecam sekeras-kerasnya perlakuan pencerobohan yang telah dilakukan oleh militan pengikut Sultan Jamalul Kiram III yang mengakibatkan beberapa orang perwira negara terkorban.
Katanya. "Tindakan pencerobohan ini dikutuk keras masyarakat Suluk tempatan di Sandakan yang cintakan keharmonian dan kemakmuran hidup; sebahagian besar daripada mereka sangat kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab ini."
"Masyarakat Suluk memberitahu saya bahawa mereka akan menyokong dan berdiri teguh di belakang kerajaan," jelasnya.
Beliau menegaskan bahawa masyarakat ini yang berada di daerah Sandakan jaminan tidak akan berkomromi dengan mana-mana pihak yang mengkhianati negeri Sabah, sebaliknya mereka memberikan sokongan tidak berbelahbagi kepada keputusan yang dibuat oleh kepimpinan negara berhubung insiden pencerobohan itu.
"Saya selaku wakil rakyat yang berbangsa Suluk, mengutuk tindakan penceroboh ini dan tindakan mereka adalah tidak wajar," tegas Datuk Samsudin.
Dalam pada itu, perjumpaan komuniti kaum Suluk tempatan daerah Sandakan telah berhasil mengumpulkan kutipan sebanyak RM5,000 dan Datuk Samsudin sendiri turut menyumbang RM5,000 yang semua berjumlah RM10,000 untuk mengisi Tabung Wira Lahad Datu, kemudian disampaikan kepada Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowel Marong.
Datuk Samsudin menelaskan kepada wartawan bahawa beliau telahpun menemui semua pemimpin kampung di Batu Sapi yang sebahagian daripadanya didiami masyarakat kaum Suluk tempatan. Selain memberikan jaminan terhadap komuniti itu bertindak tegas kepada kehadiran orang asing yang mendiami perkampungan mereka.
Katanya tindakan yang telah diambil oleh militan pengikut Kesultanan Sulu adalah sebagai satu langkah sia-sia yang dilakukan tanpa mengikut saluran yang betul. Tindakan sedemikian akan menimbulkan kemudaratan terhadap diri mereka sendiri dan tidak mustahil askan berdepan dengan tindakan undang-unang negara Malaysia.
Sementara Presiden Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan Sabah, Encik Hatta Yunus Sawabi berkata bahawa tindakan menceroboh adalah ternyata tindakan yang sia-sia.
Beliau menjelaskan, masyarakat Suluk tempatan akan berdiri teguh di belakang kerajaan Malaysia dalam membentras sebarang usaha menggugat kedaulatan negara ini.
Sumber: newsabahtimes

0 comments: