Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menjadi institusi bantuan rakyat yang lestari dalam membela nasib golongan berpendapatan rendah.
Berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sungai Suloh di sini, Muhyiddin berkata bantuan itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN)menguruskan kewangan negara dengan baik, sekaligus menolak dakwaan pembangkang mengenai negara ini akan bankrap.
"Sudah ada BR1M dan (BR1M) 2.0 dan akan ada BR1M 3.0, 4.0, 5.0 dan 6.0 sekiranya BN terus mentadbir negara. Kita (BN) uruskan dana dengan baik dan yang mana (rakyat) kita boleh tolong, kita akan tolong," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan anggota parlimen Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi.
Muhyiddin berkata kemampuan negara menguruskan kewangan sejak 56 tahun lalu diakui negara luar dan ini bertentangan dengan pengurusan kewangan pembangkang yang mencadangkan mahu menghapuskan tol, pinjaman pelajaran dan menurunkan harga minyak.
"Tetapi kerajaan ketika ini sebenarnya sudah turunkan (harga minyak), sudah beri subsidi. Setahun RM24 bilion. (Ketua pembangkang Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) kata kalau beliau jadi perdana menteri akan turunkan lagi, ambil duit Petronas sebab Petronas kaya. Tetapi, kalau semua ambil Petronas, itu sudah macam bunuh 'angsa bertelur emas'. Kalau hari-hari ambil telur, akan habis juga," katanya.
Timbalan pengerusi Barisan Nasional itu berkata kerajaan berjaya menjadikan keadaan negara bertambah maju sejak merdeka sehingga kini terutama dalam mengurangkan jumlah isi rumah yang berada pada kategori termiskin.
Beliau berkata keadaan di negara ini juga amat sempurna kerana tidak mengalami peperangan, kebuluran mahupun keadaan politik yang tidak stabil seperti yang berlaku di Timur Tengah.
Sehubungan itu, rakyat diminta mengekalkan perpaduan dan mempertahan dasar yang diamalkan BN kerana dasar itu sudah amat baik.
Muhyiddin berkata peristiwa pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah ialah sesuatu yang tidak diduga.
"Kita tidak mahu apa-apa detik (seperti ini) atau hal lain yang boleh menggugat hidup kita. Jadi usaha selama ini perlu dipertahankan dan apa yang penting BN akan berusaha memastikan rakyat hidup dengan baik," katanya.
Beliau meminta rakyat terus berdoa bagi memulihkan keadaan sepenuhnya di Lahad Datu.
Mengenai masalah banjir di kawasan Sungai Suloh, Muhyiddin berkata usaha sedang dilakukan untuk mendalamkan sungai di kawasan itu mengikut fasa dengan perbelanjaan permulaan sebanyak RM4 juta.
Sumber: Bernama

0 comments: