01 Februari 2013

Kerugian RM10,000 diragut dalam masjid




Kini masjid sudah tidak selamat lagi, penyamun dan perompak berani masik ke dalam masjid semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menyamun orang yang mengerjakan solat di masjid. Perlu diingatkan oleh semua Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh daerah Sandakan mengambil langkah berjaga-jaga supaya tidak ada penjenayah yang menghampiri kawasan masid dan surau.

Ini berikutan satu kejadian samun berlaku di sebuah masjid di Dungun, Terengganu. Dua orang wanita yang singgah di Masjid Mukim Kampung Kuala Abang. Mereka menjadi mangsa ragut dan samun oleh penjanayah yang menggunakan senjata parang telah berjaya merompak mereka dan melarikan beg tangan wanita berkenaan.

Mangsa bernama Juliana Omar, 28 tahun datang ke masjid bersama seorang lagi rakannya singga di masjid berkenaan semata-mata untuk tanggungjawab menunaikan solat Zohor sekitar jam 3:30 petang Khamis.

Sebaik saja selelsai menunaikan solat dan berada di pintu masjid, Juliana ternampak kelibat seorang lelaki yang bersenjatakan parang panjang masuk sejurus masuk ke ruang solat wanita di masjid berkenaan.

Ketika dihubungi, Juliana berkata suspek memakai topeng muka lalu datang melulu ke arahnya menyebabkan dia merasa ketakutan cuba mengelak dan melarikan diri, tetapi suspek berkenaan menghalangnya sambil mengacukan sebilah parang panjang kemudian mengugut untuk membunuh dan meragut beg tangannya.

"Dia mengacukan parang ke arah saya sambil mengugut membunuh saya jika enggan menyerahkan beg tangan. Saya terpaksa akur kerana takut dicedrakan, kejadian itu benar-benar membuatkan saya trauma." Katanya.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun pada jam 10:30 malam, memberitahu kerugian lebih RM10,000 apabila dua kedua-dua beg tangan mereka yang mengandungi wang tunai, barang kemas, telefon bimbit dan dokumen penting dilarikan oleh penjenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendent Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian itu dan suspek sedang diburu polis.


Sumber: sinar harian



Related Posts:

0 comments: