15 Disember 2012 - Hadir Majlis Malam Puisi Anjung Serindai bertempat Medan Selera Tun Razak, Sandakan, anjuran Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah.
Saya tertarik dengan program ini, teringat saya ketika masih di bangku sekolah dahulu memberi persembahan deklamasi sajak, membaca cerpen dan novel kemudian membuat ulasan dan penilaian terhadap cerpen dan novel yang kami baca.
Pengritik cerpen dan novel memerlukan kemampuan memahami dengan mendalam konsep penceritaan yang disampaikan oleh penulis dalam satu-satu cerpen atau novel yang dihasilkan, terutama berhubung mesej yang disampaikan di dalam penceritaan dengan susun atur yang kemas.
Saya turut merasa bangga dan gembira apabila menyaksikan pelancaran sebuah buku novel bertajuk " Jalan Lain Ke Lazuardi " karya seorang penulis tempatan daerah Sandakan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada penulisnya Badariah Ardin, memang Sandakan boleh bah!
Dan paling saya minati adalah lagu-lagu berbentuk puisi, turut dipersembahkan pada majlis berkenaan, sempat mendengar dua buah lagu puisi didendangkan oleh Zakaria Hj. Buang. Sayang saya tidak dapat meneruskan mengikuti majlis tersebut sehingga akhir kerana bergegas ke lapangan terbang Sandakan menyambut ketibaan Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak dalam rangka lawatan ke kawasan Parlimen Batu Sapi.
Yang Dipertua Bahasa, Jasni Matlani dalam ucapatamanya berkata, usaha menyemarakkan aktiviti seni sastera di negeri Sabah memerlukan sokongan kewangan (peruntukan) dari kerajaan negeri. Kerana terdapat kekangan dalam proses pengembangan kegiatan seni di peringkat akar umbi pada masa sama menyebabkan faktor tekanan membantut program seumpama itu.
Beliau berkata. " Ibarat projek lanskap persekitaran minda jika kerajaan boleh membelanjakan wang untuk semata-mata keindahan alam sekitar maka mengapa program yang tujuannya untuk mengindahkan lanskap minda warga negeri seperti penulis tempatan tidak disediakan peruntukan. "
" Program seni sastera memerlukan komitmen serta pendidikan berterusan kerana kesannya tidak dilihat dalam sehari dua namun pada masa jangka panjang dan merupakan pembentukan minda masyarakat negeri ini kelak.. " Katanya.
Saya sangat bersetuju dengan pandangan beliau di mana pihak kerajaan perlu melakukan sedikit tambahan peruntukan khas untuk menjayakan program seumpamanya supaya nanti dapat melahirkan lebih ramai penulis-penulis tempatan yang bermutu tinggi.
Setinggi -tinggi tahniah saya ucapkan kepada rakan saya Hj. Al-Fazli Mohd Salleh berjaya melaksanakan program kesusasteraan ini dengan baiknya dan syabas kepada beliau kerana telah menghasilkan sebuah cerpen " Tajsis Kasih " jalan penceritaan yang dapat memberi kesan kepada pembaca, mudah difahami serta bentuk cerpen yang tersusun rapi.
Tingkap papan kayu bersegiSimpan sakat di Pulau AngsaIndah tampan kerana budiTinggi bangsa kerana bahasa
Sumber: Admin
Terima kasih banyak di atas sokongan saudara dan rakan-rakan yang hadir.
BalasPadamJazaka-Allah khair tuan Al Fazali HMS, JKKK Kg. Keluarga sentiasa menyokong usaha pihak tuan memperkasa bahasa.
Padam