Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Perwakilan tahun ini mengatakan, di mana mesyuarat kali ini menempah sejarah kerana tidak ada pertandingan Wakil 7 Bahagian ke Perhimpunana UMNO Pusat, bermakna ahli UMNO Bahagian Batu Sapi telah bertambah matang.
Beliau berkata. “Kita juga menempah sejarah kerana mesyuarat tahun ini diadakan sempena meraikan para perwakilan dalam Majlis rumah Terbuka UMNO Bahagian Batu Sapi.“
“Banyak pembangunan yang telah dperoleh menerusi bantuan kerajaan Barisan Nasional di Kawasan Batu Sapi seperti Perumahan Rakyat sebanyak 1,000 unit iaitu 500 unit di Jalan Datuk Tay dan 500 unit di Lupak Meluas Jalan Batu Sapi. Sebuah masjid besar yang sedang dalam proses pelaksanaan. Jalanraya berlembara (Jalan Batu Sapi) dan Jalan berkembar (Jalan Ulu Sibuga) menuju Kawasan POIC. Sekolah Rendah Bahagian dah siap di Jalan Batu Sapi, selain pembangunan di kampung-kampung." Jelasnya.
Datuk Samsudin Yahya berkata, ini adalah kerana kerajaan Barisan Nasional telah melakukan tindakan janji ditepati, tidak seperti pembangkang yang hanya berangan-angan dan menabur janji yang tidak boleh dilaksanakan apabila mereka datang ke Kawasan Batu Sapi. Mereka datang hanya pada waktu pilihanraya sahaja tidak seperti pemimpin BN yang sentiasa berada di kawasan.
Beliau memberitahu, pemimpin pembangkang suka meracuni dan menaburkan semangat kebencian kalangan masyarakat, merosakkan perpaduan hanya bertujuan memancing undi.
Datuk Samsudin Yahya menyarankan, semua ahli UMNO berganding bahu untuk memastikan siapa sahaja yang akan dicalonkan oleh pucuk pimpinanan parti di Kawasan Batu Sapi.
Pada Mesyuarat tahun ini, UMNO Batu Sapi telah membawa tiga usul yang telah mendapat perhatian dan diluluskan iaitu Usul Pendidikan oleh Ketua Pemuda, Usul Politik oleh Encik Sapri Munajari AJK Bahagian dan Usul Semasa oleh Encik Margus Taling AJK Bahagian.
Turut hadir pada meyuarat itu, Encik Izam Abu Bakar Titingan mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Puan Jamayah Sapawi Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus Akbar Khan Ketua Pergerkan Pemuda Batu Sapi dan Puan Latifah Tahir Ketua Puteri UMNO Batu Sapi.
Sumber: Admin

Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi ketika berucap pada pembukaan Majlis Persidangan
Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya tiba di Dewn Persidangan
AJK Bahagian UMNO Batu Sapi Sebelah kiri: Encik Kassim Laksamana dan sebelah kanan, Encik Alawih D. Yusop
Sebelah kiri, Encik Sapri Munajari AJK Bahagian UMNO Batu Sapi dan sebelah kanan Encik Hussein Nasip, Penerangan UMNO Bahagian Btu Sapi
Sebahagian daripada para perwakilan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Batu Sapi Encik Yusof Kalimuddin
Barisan AJK Bahagian UMNO Batu Sapi dalam Dewan Persidangan
Tujuh orang Wakil UMNO Bahagian Batu Sapi ke Perhimpunan Agung UMNO Dari kiri; Sukarno, Hajah Mariam, Alawih, Mustapha, Abdullah & Abd Razak
Encik Margus Taling AJK Bahagian ketika membentangkan Usul Semasa
Encik Elcospini Gustaham Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan Bahagian Batu Sapi bersama Encik Alawih D. Yusop
Encik Hasnil Hussein Perwakilan UMNO Cawangan Kg. Pitutan
Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Cendrakenangan kepada Encik Izam Abu Bakar Titingan Wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Batu Sapi Tahun ini.
0 comments: