Innocence of Muslim judul sebuah filim yang dikatakn mengandungi unsur penghinaan terhadap Nabi s.a.w. Jika benarlah ia menghina Nabi SAW, satu tindakan tegas perlu diambil dengan mengharamkannya dan tidak membenarkan masuk ke negara ini. Dilaporkan bahawa filem itu terbitkan di negara Amerika Syarikat oleh Sam Bacile seorang yang berketurunan Yahudi.
Sebagai penganut agama Islam, kita tidak dapat menerima penayangannya kerana ia nanti akan membawa sentimen agama yang boleh mencetuskan kesan negative terhadap masyarakat global. Kita tidak tahu, kemungkinan ada tujuan utama yang dimainkan di sebalik penerbitan filem berkenaan.
Saya amat bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin hari ini:
" Bagi kita seorang Islam, kita tidak boleh terima filem menghina Nabi Mohammad s.a.w. Ia sati kesalahan besar bagi kita. Kita tidak boleh mengizinkan samada dalam bentuk filem, perkataan dan apa saja yang menghina Nabi, sesuatu yang kita tolak. "
"Mungkin ada tujuan tertentu yang dilakukan supaya ada pertembungan
antara agama, ada pergaduhan, sesuatu yang boleh bawa kesan besar kepada
masyarakat dunia," Kata beliau.
Oleh:
Alawih D. Yusop
0 comments: