Kunjungan kali kedua ke kawasan tanah milik keluarga En. Elcospini Gustaham di Tanjung Labian, Lahad Datu pada Sabtu 4 Oktober 2025.
Kali pertama kami melawat kawasan ini tidak menjumpai lot hanya dapat memantau lokasinya sahaja.
Saya kena pastikan sempadan dan keluasan tanah berkenaan sebelum memulakan sebarang pembangunan ke atas tanah berkenaan.
Kami telah temukan sempadan sebelah Selatan lot dan kami perlu kenalpasti sempadan sebelah Utara pula.
Saya bincang dengan Elcospini, kita perlukan Plan Ukur Tanah dari Pejabat Tanah & Ukur Lahad Datu supaya dapat kepastian (certitude) sebenar sempadan sekeliling lot tanah berkenaan.
Agak luas juga lot tanah keluarga En. Elcospini, berpotensi besar dibangunkan dengan projek pertanian.
Sebagai plan jangka pendek, elok diusahakan dengan tanaman Pisang Abu/Sabah dan Ubi Kayu.
Kerana kedua tanaman ini boleh menjanjikan pendapatan lumayan dalam masa setahun.
Sementara plan jangka panjang pula, boleh diusahakan dengan projek tanaman Kelapa Sawit, Rumah Burung Walit dan Inapdesa (Homestay).
Sangat sesuai untuk projek Inapdesa, sebab lot ini melekat di pantai Pasusul Tong Batu, Tanjung Labian, menghadap ke Laut Sulu.
Tempat ini selamat, sebab jalan memasuki ke kawasan ini melalui dan berhampiran Pos Keselamatan Tong Batu.
Gambar di atas menunjukkan laluan ke kawasan tanah berkenaan melalui Pos Keselamatan Tong Batu, Tanjung Labian.
Pada hakikatnya kawasan ini aman dan damai untuk dibangunkan dan diusahakan oleh pemilik pemilik tanah sekitarnya.
Kupi kupi di bandar Lahad Datu sambil membincangkan dan menentukan pelaksanaan projek ke atas tanah keluarga En. Elcospini.
Saya akan melihat realiti keadaan tanah berkenaan, barulah dapat memutuskan dan mencadangkan apakah jenis projek pertanian yang sesuai diusahakan.
Kami bermalam di sebuah hotel di bandar Lahad Datu. Selepas ini akan buat tinjauan kalau ada Inapdesa (homestay) di Tanjung Labian yang berdekatan dengan lokasi projek.
Supaya memudahkan pelaksanaan projek selain menjimatkan masa.
November depan kami kembali lagi ke lokasi melakukan pengukuran sempadan ke atas lot tanah tersebut.
Turut serta bersama kami, anak En. Elcospini, Putra bin Elcospini.
Oleh: Alawih Dantalmura
0 comments: