Alawih D. Yusop ACB
05 Ogos 2012 - Rabu: Telah menyelesaikan Projek Ke-Lima Ucapan Manual ACB di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan dengan tajuk Makmal Transformasi, seperti tertera di bawah.....
Apakah yang dimaksudkan dengan Makmal Transformasi...?
Makmal ialah suatu tempat khusus untuk mejalankan ujikaji dan penyelidikan, sementara Transformasi pula ialah perubahan / pembaharuan ke arah kemajuan yang bersifat positif.
Saya berpendapat bahawa Kelab Toastmasters umpama Makmal Transformasi.
05 Ogos 2012, pertama kali saya menyertai Program TLI (Toastmasters Leadership Institute) di Politeknik Kota Kinabalu. Ia adalah Program Latihan Kepimpinan. Saya sempat menangkap salah satu gambar pembentangan oleh Richard Albert Guntusan DTM.
Apakah yang dimaksudkan dengan Makmal Transformasi...?
Makmal ialah suatu tempat khusus untuk mejalankan ujikaji dan penyelidikan, sementara Transformasi pula ialah perubahan / pembaharuan ke arah kemajuan yang bersifat positif.
Saya berpendapat bahawa Kelab Toastmasters umpama Makmal Transformasi.
05 Ogos 2012, pertama kali saya menyertai Program TLI (Toastmasters Leadership Institute) di Politeknik Kota Kinabalu. Ia adalah Program Latihan Kepimpinan. Saya sempat menangkap salah satu gambar pembentangan oleh Richard Albert Guntusan DTM.
Misi Toastmasters International
Mission of a Toastmasters Club.
To provide a muttualy supportive and positive learning environment in which every member has the opportunity to develop oral communication and leadership skill which in turn foster self confidence and personal growth.
Maksudnya: Misi Kelab Toastmasters menyediakan suasana pembelajaran yang positif dan saling menyokong di mana setiap ahli berpeluang untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan kepimpinan seterusnya terdidik menjadi individu berkeyakinan dan pembangunan kendiri.
Hakikatnya ada beberapa hal yang penting secara tidak langsung dan tidak disedari yang mana ianya memotivasikan diri ahli disamping kemahiran komunikasi dan kepimpinan.
Sebab itu mengapa saya berkata bahawa Kelab Toastmasters umpama Makmal Transformasi kerana ia ibarat IPT ( Institusi Pengajian Tinggi ), tak ubah seperti ianya kita belajar di universiti.
Saya sendiri mernyedari hakikat itu sebab...? Sejak mula mendaftar sebagai seorang toastmasters, saya belajar dengan memperhatikan perjalanan mesyuarat latihan, ucapan pertama dahulu sehingga ucapan ini, saya berusaha mencari idea, membuat, menyunting, menyusun sehingga terbentuk menjadi sebuah ucapan, mengikut panduan dikehendaki sebagai tugasan, kemudian secara amali saya persembahkan untuk dinilai. Tak ubah seperti kita belajar di kolej dahulu. Rakan Toastmasters membantu memperbaiki kelemahan kita.
Seorang ahli Toastmasters dari Mexico, Jim Armstrong ACB menulis surat kepada Toastmasters International, pada ayat terakhir katanya:
“Thanks, Toastmasters, for providing the least expensive university in the world for developing leadership and communication skill.”
Sehubungan itu President Toastmasters Antarabangsa (2011-2012) Michael Notaro DTM berkata:
“Toastmasters provide a learning laboratory where you can enlarge your potential for advancement, promotion and success”
Di Kelab Toastmasters kita belajar memperkasa prestasi komunikasi dan sistem kepimpinan. Malah kita berusaha belajar membentuk diri menjadi peribadi yang memiliki minda positif dan kredibilti, agar kita memperolehi kelebihan dalam mengendalikan setiap urusan kepemimpinan dan pertuturan yang berkesan.
Ramai insan di seluruh dunia yang telah melalui proses transformasi menjadi positif dan berkembang maju setelah berada di Kelab Toastmasters.
Saya berikan dua contoh....
Pertama:
Seorang ahli Toastmasters dari Ohio, Amerika Syarikat, John Harvey ACS telah membuat pengakuan dengan menulis:
“Toastmasters is responsible in a great way for my transformation..... Toastmasters has help me change my thinking from bad to good and to communicate my good thinking in speech and behavior.“
Kedua:
Elly Hard DTM seorang ibu tunggal berasal dari negara Bulgaria telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1991. Dia tidak fasih berbahasa Inggeris. Dia mengetahui Toastmasters pada tahun 1997, melalui iklan surat khabar berkenaan mesyuarat Toastmasters, dia pun pergi....menyertainya.
Dalam fikirannya Toastmasters adalah kelab masak-memasak, sebab meyuarat itu diadakan di restoran, kebetulan pula alat pemanggang rotinya berjenama Toastmasters. Bila sampai ke tempat mesyuarat, dia merasa kehairanan melihat susana, dia dipelawa oleh ahli kelab dengan mesra dan perama. Pada minggu seterusnya dia menyertai Kelab Toastmasters.
Dari situlah dia bermula sentiasa hadir mesyuarat belajar memperbaiki bahasa Inggerisnya. Sehingga ke tahap DTM dan sekarang dia sebagai Sales Consultant di sebuah syarkiat perabut di New York, Amerika Suarikat.
Kesimpulannya jika kita terus menerus belajar dengan tabah, tekun dan cekal mengikuti program Toastmasters tanpa henti, tidak mustahil anda akan miliki nilai dan mewujudkan tindakan transformasi terhadap diri anda. Nilai yang saya maksudkan adalah:
- Integriy,
- Dedication of excellence,
- Service to the members dan
- Respect for the individual.
Jika empat nilai utama ini telah tertanam dalam diri kita dan sebati dengan jiwa kita, ia membuktikan bahawa anda telah melalui proses transformasi di dalam makmal universiti yang dinamakan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan.
Sebagai mengakhiri ucapan, saya kongsi dengan anda ungkapan oleh seorang Ahli Falsafah bernama Aristotle, katanya:
“Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.“
Bila kita huraikan maksud ungkapan itu adalah, nilai seseorang tidak diukur melalui paras wajah, warana kulit, asal keturunan. Tetapi diukur daripada sudut tingginya kualiti minda dan kemurnian budi perkerti yang membentuk insan beretika.
Sama seperti Hamka, katanya:
“Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.“
Di Kelab Pidato Toastmasters Sandakan tempatnya adalah salah satu daripada 13,500 Kelab Toastmasters di 116 buah negara seluruh dunia..... proses pembentukan nilai itu......
Ketahui lebih lanjut tentang Kelab Toastmasters di laman sesawangnya di bawah.....
Sumber: Admin
Datanglah ke program mesyuarat latihan Kelab Pidato Toastmasters Sandakan pada setiap minggu ke-dua dan ke-empat setiap bulan bermula jam 7:30 petang hingg 9:30 malam bertempat di Lot 2, Tingkat 1, Taman Fajar Baru, Jalan Aiport, Batu 7 Sandakan. Toastmasters International di mana pemimpin tercipta.
Sumber: Admin
0 comments: