06 September 2012

Majlis Rumah Terbuka AIM Pusat Nur Ikhwan 2012





06 September 2012  -  Khamis: Majlis Rumah Terbukaa Hari Raya Aidil Fitri anjuraan Amanh Ikhtiar Malaysia Pusat Nur Ikhwan (AIM) bertempat di Kg. Keluarga. AIM Pusat Nur Ikhwan mengadakan mesyuarat mingguannya setiap Khamis 09:00 pagi di pimpin oleh Pembantu Amanah Encik Sabran.

Hari ini sahabat-sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan menganjurakan program sambutan Hari Raya Aidil Fitri dengan menganjurkan program Rumah Terbuka bertempat di Kg. Keluarga. Encik Alawih D. Yusop Pengerusi JKKK Kg. Keluarga dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi sebagai tetamu khas dalam program berkenaan.

" AIM merupakan suatu organisasi holistik, di mana setiap ahli atau sahabat ada keterkaitannya antara satu sama dengan yang lain, jika ada salah seorang sahabat AIM bermasalah maka sahabat dalam kumpulan dan pusat hendaklah saling bantu membantu. "  Ujar Pengerus JKKK berucap pada majli tersebut.

Beliau berkata:  " Kita berterima kasih kepada pihak AIM kerana telah menabur bakti di Kg. Keluarga dengan menyediakan kemudahan pinjaman demi peningkatan sosio ekonomi masyarakat kampung. "

Turut hadir Encik Sariman Penolong Pengurus Cawangan AIM Sandakan dan Encik Rahim Adlin Pembantu Amanah yang telah meneroka kewujudan dan pembentukan AIM Pusat Nur Ikhwan tiga tahun lepas. Sekarang Encik Sabran sebagai Pembantu Amanah mengelola dan mengurus AIM Pusat Nur Ikhwan yang ketika ini di ketuai oleh Puan Ayesha Arasani. 


Sahabat-sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan tekun mendengar taklimat daripada Pembantu Amanah.


Pembantu Amanah Encik Sabran sedang meneliti laporan bayaran balik sahabat-sahabat disaksikan oleh Ktua Pusat dan Bendahari.


 Penolong Pengurus Cawangan AIM Encik Sariman memberikan ucapan penerangaan.


 Sahabat-sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan berdiri membacakan ikhrar.


 Bersama Encik Sabran Pembantu Amanah


 Barsama Encik Rahim Adlin Pembantu Amanah


 Sahabat-sahabat sedang menjamu selera.


Admin bersama Pengerusi Surau Tuan Hassan Salahuddin


Sumber: Admin

0 comments: