04 September 2012

Perdana Menteri Merasmikan Perhimpunan Agung UNMO Zon 5 (Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Batu Sapi dan Beluran)


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menyerahkan Cendrahati kepada Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak


02 September 2012 - Ahad: Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan UMNO Zon Lima melibatkan UMNO Bahagian Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Batu Sapi dan Beluran dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Najib Razak Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. UMNO Zon Lima menempah sejarah di negeri ini megadakan perasmian serentak dan pada masa sama menganjurkan Program Rumah Terbuka Hari Raya bersama Perdana Menteri dengan lebih 10,000 penduduk Sandakan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin, rakyat Sabah cukup matang untuk menolak dan tidak termakan hasutan yang dibawa oleh pemimpin parti pembangkang. Menurut beliau rakyat Sabah tahu bahawa hanya melalui Umno dan Barisan Nasional (BN) sahaja dapat membangunkan negeri ini dan membela nasib rakyat Sabah sudah memahami bahawa agenda terpenting diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah Progam Transformasi Nasional .

Ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Zon 5 (Libaran, Sandakan, Batu Sapi, Kinabatangan dan Beluran) beliau berkata: “Sehingga kini, sudah banyak kejayaan dan bagi kami (kerajaan) lima tahun untuk melipat-gandakan kejayaan itu,”

Beliau berkata kerajaan Persekutuan menyedari bahawa negeri Sabah masih memerlukan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik, rumah dan pelbagai kemudahan lain. Semua itu mampu dilaksanakan oleh kerajaan yang selari dengan komitmen Janji Ditepati dalam menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat di mana sahaja mereka berada. Ini adalah kerana hubungan baik dan kerjasama rapat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah memperkukuhkan lagi usaha membangunkan negeri ini.

“Saya senang hati dengan kerjasama yang telah diberikan oleh kerajaan negeri Sabah diketuai Datuk Seri Musa Hj. Aman dalam menentukan membangunkan negeri Sabah. Jika terdapat pandangan berbeza, ia dibawa berbincang dan diselesaikan untuk kepentingan rakyat Sabah. Ini menjadi asas penting kepada kerjasama antara kerajaan Pusat dan negeri Sabah,” Katanya.
Datuk Seri Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dianjuran Umno Zon 5 sebelum beliau berlepas ke Kota Kinabalu.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj. Aman yang juga selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabahrkata dalam ucapan pembukaannya. “ Walau apa pun cabaran dan rintangan tetapi kita yakin dan percaya negeri ini terutama di Zon 5 akan kekal menjadi kepunyaan BN,”

Beliau menegaskan meski pun cabaran dan rintangan yang bakal dihadapi Barisan Nasional Sabah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke- 13 tetapi pimpinan parti termasuk rakan- rakan komponen BN akan memastikan kerajaan sedia ada dapat mengekalkan kedudukannya sebagai parti pemerintah di negeri ini. Keyakinan itu didorong kerajaan bukan sahaja mampu melaksanakan tanggungjawab berkesannya kepada rakyat tetapi juga atas faktor kedudukan negeri yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Beliau berharap setiap ahli parti menjalin kerjasama erat demi memastikan kekuatan parti bertambah kukuh, dari segi semangat, perpaduan dan iltizam menjadi kunci kejayaan kepada kemenangan parti pada PRU-13 nanti.

“Untuk menjadi kuat, kita mesti bersatu. Dan untuk bersatu kita mesti mempunyai matlamat, halatuju dan perjuangan yang satu. Sesungguhnya, itulah resepi yang telah menjadikan Umno berjaya sehingga ke hari ini,” ujarnya.


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berucap merasmikan Perhimpunana UMNO Zon 5 bagi tahun 2012


Ketua Menteri Datuk Seri Musa Hj. Aman menyempurnakan Ucapan Pembukaan Perhimpinana UMNO Zon 5


Ahli Jawtankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi Encik Alawih D. Yusop bersama seorang perwakilan UMNO Libaran


Encik Alawih D. Yusop bersama perwakilan UMNO Batu Sapi dan rakan2 di perkarangan Dewan Serbaguna Sri Libaran, Sandakan


Lebih 10,000 lautan manusia membanjiri Majlis Rumah Terbnuka UMNO Zon Lima


 
Para perwakilan UMNO Bahagian Batu Sapi pada Majlis Perasmian


Sumber: Admin


0 comments: