23 September 2012

Ketua Menteri Sabah mersamikan Persidangan Perwakilan Parti GERKAN Sabah 2012


 


22 September 2012 - Ahad: Hadir Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Parti GERAKAN Sabah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Barisan Nasional.

Berucap merasmikan majlis tersebut di Dewan Masyarakat Sandakan Ketua Menteri berkata hubungan anatara UMNO dan Parti Komponen BN yang lain di negeri Sabah sememangnnya adlah amat baik sekali sejak awal-awal lagi tanpa sebarang masalah dan UMNO akan terus memberikan kerjasama kepada parti-parti komponen BN untuk memastikan kemenangan memehak kepada calonnya menjelang pilihan raya akan datang.

Beliau berkata: “Kalau ada timbul masalah hendaklah diselesaikan dengan baik secara semangat setiakawan, selain senentiasa berkerjasama dan saling bantu membantu. Itulah yang dilakukan selama ini dan akan diteruskan bagi menguatkan lagi BN dalam menghadapi pilihan raya.“

“Saya gembira dengan semangat yang tinggi pemimpin dan ahli-ahli parti GERAKAN dan komited untuk memastikan bahawa kita boleh berkerjasama dan berjaya dalam menghadapi pilihan raya umum.“ Katanya.

Katanya “Kesinambungan kepemimpinan kerajaan BN membolehkan banyak program pembangunan di seluruh negeri Sabah dan Sandakan tidak terkecuali daripada menerima limpahan kemajuan pembangunan. Kita usah pergi jauh, Sandakan ini sahaja, mempunyai rangkaian jalanraya, hub pendidikan, POIC dan kini menaiktaraf lapangan terbang yang sedang dalam proses, tarikan pelancong asing dan pelabur luar berminat untuk melabur di negeri Sabah.“

Belaiu menjelaskan bahawa keamanan dan keharmonian yang telah dikecapi adalah hasil gagasan 1 Malaysia di mana negeri Sabah merupakan role model yang terbaik mengaplikasikan gagasan itu.

Hadir dalam majlis berkenaan; Presiden Parti GERAKAN, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Naib Presiden Datuk Raymond Tan shu Kiah, Pengerusi Perhubungan Parti Gerakan Negeri Sabah Datuk Gordon Leong Vui Chong, Ahli-Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan, Datuk Peter Pang, Au Kam Wah dan 1,300 para perwakilan. Turut hadir pada majlis berkenaan Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi dan ADUN N. 43 Sekong, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahaya.


Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ketika tiba di Dewan Masyarakat Sndakan


Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya ketik tiba di Dewan Masyarakat Sandakan turun hadir dalam majlis perasmian


AJK Bahagian IMNO Batu Sapi, Encik Alawih D. Yusop bersama Tan Sri Koh Tsu Koon


Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin turut hadir pada majlis berkenaan


AJK Bahagian UMNO Batu Sapi, Encik Awang Yunus bersama Ketua Cawangan UMNO Kg. Pitutan, Enck Elcospini Gustaham


Dari kiri; AJK Bahagian UMNO Batu Sapi Encik Kamlon Hassan, Encik Alawih D. Yusop, Ketua Cawangan GERAKAN Kg. Bokara Encik Iman dan Pengerusi JKKK Kg. Bakau, Tuan Haji Kalinggalan


Sumber: Admin


0 comments: