Datuk Seri Musa Hj. Aman sedang ditemurama wartawan
22 September 2012 - Sabtu: Hadir Majlis Perasmian Karnival Kerjaya anjuran Pemuda BN Negeri Sabah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah di Harbour Mall Sandakan.
Program karnival kerjaya ini hasil inisiatif Pemuda BN yang telah berjaya melibatkan sebanyak 35 syarikat / majikan hadir dalam program berkenaan menawarkan pelbagai kategori pekerjaan kepada belia Daerah Sandakan, yang julung kali dan terbesar pernah diadakan.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman dalam ucapan perasmian sangat mengalu-alukan usaha dan inisiatif Pemuda BN menganjurkan karnival kerjaya (Job Fair) kerana membantu golongan belia untuk mendapatkan pekerjaan.
Menurut Ketua Menteri, syarikat-syarikat perladangan yang beroperasi di negeri Sabah mempunyai kekosongan pekerjaan sebanyak 200,000 orang tetapi tidak semuanya diisi oleh belia, disebabkan keadaan kawasan ladang yang jauh dan kurang kemudahan yang diperlukan oleh pekerja belia.
Beliau menasihatkan kepada para pengusaha ladang khususnya di negeri Sabah agar menyediakan kemudahan selesa kepada pekerja dalam usaha menarik minat golongan belia tertarik menceburi bidang perladangan.
“Pengusha ladang perlu bijak menyediakan kemudahan kepada pekerja supaya sektor perladangan juga mampu menjadi satu landasan terbaik untuk membuka peluang pekerjaan khususnya golongan belia di negeri ini.“ Katanya
.
Turut hadir pada majlis tersebut pemimpin politik veteran Ketua Bahagian UMNO Sandakan, Tan Sri Haji Ampong Puyon, Setiausaha BN negeri Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan. Ahli Parlimen dan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Libaran Datuk Juslie Ajirol, Ahli Parlimen Batu Sapi Datin Linda Tsen Thau Lin, Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi dan ADUN N. 43 Sekong, Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Encik awang Kadin Tang dan Exco Pemuda UMNO Malaysia, Encik Nazir Hussin akhtar Hussin.
Gerbang masuk ke lokasi Karnival Pekerjaan di Harbour Mall, Sandakan
Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berucap merasmiakan program Karnival Pekerjaan anjuran Pemuda BN di Harbour Mall, Sandakan
Para pengunjung Karnival Kerjaya di Harbour Mall, Sandakan
Syarikat gergasi nasional PETRONAS turut mengambil bahagian menawarkan pekerjaan kepada belia Sandakan pada karnivl berkenan
Ketua Menteri menjawab beberap soalan para wartawan berhubung program kerjaya di Harbour Mall, Sandakan
AJK Bahagian UMNO Batu Sapi Encik Alawih D. Yusop bersama rakan Encik Ismail Hassan mengunjungi program tersebut
Encik Hasnil Hussein dan Encik Ismail Hassan di hadapan Harbour Mall, Sndakan pengunjung Karnival Kerjaya Pemuda BN
Sumber: Admin
0 comments: