Hari ini 16 September 2012, selama 49 tahun adalah detik bermulanya sejarah negeri Sabah merdeka daripada penjajahan British melalui pembentukan Malaysia bersama Tanah Semenanjung Melaya, Sarawak dan Singapura.
Berikut adalah kronologi proses penubuhan dan pembentukan MALAYSIA:
1945 - Konsep Kesatuan Malaya ( Malayan Union ) ditubuhkan oleh kerajaan Imperialis Inggeris kononnya untuk menuju ke arah pembentukan kemerdekaan Malaya.
Namun, majoriti daripada rakyat tempatan membantah usaha ini kerana
ianya menyebabkan pembatalan semua fungsi politik Sultan di sembilan
negeri-negeri dan mengeluarkan Singapura dari kesatuan itu.
1947 - Setelah melihat pemberontakan dan rusuhan di antara orang Melayu, Inggeris memutuskan untuk menukar konsep tersebut dengan pembentukan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Namun isu pendatang kaum Cina dan India masih dibincangkan ketika itu. Sungguhpun sudah terdapat kehadiran kaum Cina dan india sejak zaman
kesultanan Melaka, akibat dari hubungan perdagangan , kemasukan
beribu-ribu kaum Cina dan India adalah menerusi usaha Inggeris bagi
melakukan kerja-kerja yang tidak popular di kalangan masyarakat Melayu
yakni, di lombong dan estet ketika itu.
1949 - Pilihan raya pertama Malaya ketika itu dimenangi oleh Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO ( Melayu ), MCA ( Cina ) dan MIC ( India ).
Inggeris mendapati bahawa orang-orang Melayu tidak mempunyai masalah
untuk membenarkan keujudan sebuah negara berbilang kaum dengan beberapa
syarat tertentu. Ini
termasuk membenarkan pemberian kerakyatan kepada kaum pendatang yang
pada ketika itu dimasukkan oleh Inggeris untuk menjalankan kerja-kerja
tertentu.
1955-1956 Tunku Abdul Rahman memimpin sekumpulan pemimpin Parti Perikatan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Akhirnya, ketetapan dipersetujui pada bulan Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi akan diberikan.
1960 - Para pemberontak Komunis menjadi semakin lemah, menyebabkan Darurat dimansuhkan untuk pertama kalinya sejak 1948.
1962 - Perundingan diteruskan untuk
memberikan kemerdekaan kepada Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei
antara pemimpin tempatan dan Inggeris. Pada waktu ini kelihatannya, Singapura tidak bermasalah untuk bersama Malaya. Namun, pemimpin pembangkang Brunei membantah usaha ini dan berlakulah kekacauan menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaya. Sabah dan Sarawak umumnya bersetuju untuk bersama Malaya tetapi mendapat bantahan dari pihak Filipina dan Indonesia. Filipina
mendakwa kedaulatan mereka atas Sabah sementara Indonesia ingin
membentuk sebuah negara Melayu yang luas yang meliputi Malaya. PBB memutuskan untuk menjalankan sebuah kajian lebih mendalam berkenaan Sabah dan Sarawak melalui Pesuruhjaya Reid dan Cobbold. Akhirnya Sabah dan Sarawak menyertai Malaya.
1963 - Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 terdiri daripada 9 negeri di Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura.
1965 - Namun karena ketidaksepakatan dan salah faham di antara para pemimpin dari kerajaan pusat dan pihak berkuasa Singapura, Singapura meninggalkan Kesatuan pada 6 Ogos 1965 untuk membentuk sebuah negara yang berasingan.
Negeri Sabah agak unik jika dibanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia yang menempah sejarah. Sejak mulah wujud negeri Sabah sehingga hari ini, ia telah ditadbir oleh 14 Ketua Menteri. Di bawah ini adalah senarai semua Ketua Menteri negeri Sabah:
1963 - 1964 Tun Fuad Stephens1965 - 1967 Tan Sri Peter Lo Sui Yin1967 - 1975 Tun Datu Mustapha Datu Harun1975 - 1976 Tun Mohd Said Keruak1976 - 1976 Tun Fuad Stephens1976 - 1985 Datuk Harris Mohd Salleh1985 - 1994 Datuk Joseph Pairin Kitingan1994 - 1995 Tun Sakaran Dandai1995 - 1996 Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Said1996 - 1998 Datuk Yong Teck Lee1998 - 1999 Datuk Bernard Dompok1999 - 2001 Datuk Seri Osu Haji Sukam2001 - 2003 Tan Sri Chong Kah Kiat2003 - Kini Datuk Seri Musa Haji Aman
0 comments: