28 September 2012

Produk Pinjaman Mikro


 
Pengerusi JKKK Kg. Keluarga Alawih D. Yusop


Salamu'laikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Sebelum saya perkenalkan satu produk perbankan pinjaman mikro, suka saya bercerita dengan anda berkenaan Pinjaman Mikro Ah Long.

Pembiayaan oleh Ah Long adalah satu ancaman serius kepada masyarakat yang menggunakannya, terutama masyarakat yang menjalankan aktiviti perniagaan kecilan yang bergantung kepada perkhidmatannya. Ah Long menawarkan produk pinjaman mikro kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Ia terkenal di serata negara, memang pinjamannya agak mudah tanpa banyak syarat yang ditentukan, masalahnya ialah:
  • Sistem bayaran bunga yang tinggi dan berisiko.. 
  • Cara bayaran balik yang membebankan. 
  • Ekstrem terhadap peminjam yang gagal melunaskan bayaran balik. 
Banyak tragedi yang berlaku akibat tindak tanduk pihak Ah Long sehingga menyebabkan kecedraan fizikal terhadap peminjam dan ada di antaranya yang menemui ajal kerana tidak dapat melangsaikan hutang, maka peminjman berkenaan terpaksa dibunuh dengan kejam.

Sekarang saya berkongsi dan memperkenalkan kepada anda satu produk perbankan pinjaman kewangan mikro. Produk ini diwujudkan oleh kerajaan adalah mengambil inisiatif mengelak masyarakat terutama yang berpendapatan rendah menggunakan khidmat Ah Long untuk keperluan samada perniagaan atau pun pribadi.

Produk perbankan mikro ini ditadbir oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di bawah kelolaan Kementrian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Terdahulu potfolio kementrian ini dipegang oleh Sharizat Abdul Jalil dan sekarang dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.


Tahun ini sahaja kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM2.1 bilion melalui Amanah Ikhtiar Malaysia. Wang tersebut akan ditawarkan kepada usahawan kecilan di seluruh negara yang memerlukannya. Kerajaan amat prihatin dengan apa yang telah dialami oleh rakyat yang terjebak dengan perangkap Ah Long.

Asas Pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia atau dikenali sebagai Pembiayaan Ikhtiar, merupakan suatu sistem yang paling mudah di antara semua creditor.
  • tanpa cagaran 
  • tanpa penjamin 
  • tanpa bunga / cuma kos pemprosesan pembiayaan 
  • tanpa tindakan undang-undang 
Tidak seperti Bank komersial menentukan syarat yang ketat dan memerlukan penjamin kepada pinjaman yang dipohon. Jika tidak ada penjamin, perlu ada cagaran. Jika gagal langsai hutang pihak bank ambil tindakan mahkamah menyebabkan peminjam muflis.

Apatah lagi Ah Long yang mengenakan faedah yang sangat tinggi dan memerlukan cagaran harta benda. Selain cara bayaran balik yang menyusahkan. Jika gagal langsai hutang tindakan ekstrem mengundang peminjam.


Antara Skim Pembiayaan Ikhtiar tawaran AIM ialah:
Rezeki / Ekonomi / Peniagaan
  1. MESRA - RM2,00.00 hingga RM6,000.00
  2. SRIKNDI - RM10,000.00 hingga RM20,000.00
  3. WAWASAN - RM20,000.00 hingga RM50,000.00  

Skim Pembiayaan Iktiar Lain:
Peribadi / Kegunaan Selain Ekonomi
  1. BISTRI - RM1,000.00 hingga RM5,000.00
  2. SEJAHTERA - RM2,000.00 hingga RM10,000.00
  3. PENYAYANG - RM1.000.00
Pembiayaan tersebut hanya dikenakan kos pengurusan sebanyak 10%, ia tidak dipotong pada waktu menerima pinjaman, dibayar pada waktu bayaran balik pinjaman.

Pembiayaan akan dipotong sebayak 1% dari jumlah pinjaman untuk Takaful. Iaitu jaminan terhadap pembiayaan berkenaan.

Proses pembiayaan adalah berkonsepkan kumpulan sebanyak lima orang Sahabat di mana seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan tiga orang Ahli Kumpulan.

Kesimpulannya saya berpendapat bahawa Pembiayaan Ikhtiar ialah satu produk perkhidmatan pinjaman yang paling minima risiko, saya boleh mengatakan produk ini tidak menimbulkan bahaya kepada peminjam. Ia satu instrumen yang benar-benar mementingkan pihak peminjam.

Sebab di kampung saya iaitu Kg. Keluarga, kami telah wujudkan Amanah Ikhtiar Malaysia yang dikenali sebagai AIM Pusat Nur Ikhwan, sejak Ogos tahun 2010 sehingga kini masih aktif dan dalam proses penambahan sahabat atau peminjam. Ia adalah salah satu Pusat AIM yang sangat aktif dan positif dengan bayaran balik 100%.

Keterangan lanjut anda boleh layari www.aim.gov.my atau anda boleh datang ke AIM Pusat Nur Ikhwan di Kg. Keluarga bermesyuarat setiap Khamis, jam 09:00 pagi.





Oleh:Alawih D. Yusop

0 comments: