Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya
31 Mac 2012 - Ahad: Hadir Perasmian Penutupan Seminar Bicara Pendidikan Demi Negara anjuran Jabatan Pendidikan, perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri N. 43 Sekong dan Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi mewakili Ketua Menteri YAB Datuk Sri Panglima Musa Haji Amana bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan.
Seminar berkenaan telah menghimpunkan seramai 1,000 orang warga pendidik termasuk para guru besar dari semua sekolah menengah di seluruh Daerah Sandakan. Turut hadir pada sesi perasmian; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Y.Bhg. Tuan Hj. Hamsan Hj. Awang Supain, Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi dan kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan N. 43 Sekong.
YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya berucap merasmikan Penutupan Seminar Bicara Pendidikan Demi Negara
Peserta Seminar Guru-Guru Sekolah Menengah Daerah Sandakan
Dari kiri Sappari (Ahlijawatankuasa UMNO Batu Sapi), Zainal Abidin S. Ali dan Elcospini Gustaham (Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu Sapi dan Alawih Dantalmura (Ahlijawatankuasa UMNO Bahagian Batu Sapi)
Sumbangan besar yang tidak ternilai oleh warga pendidik adalah melahirkan modal insan yang berilmu dan berpengetahuan tinggi kearah mencipta minda kelas pertama menyamai negara lain di dunia dengan semangat dedikasih pada setiap masa tanpa mengenal penat dan lelah.
Mereka juga merupakan agen transformasi pendidikan demi negara tercinta membangun anak-anak bangsa mencapai matlamat berpaksikan perpaduan nasional, melahirkan jati diri seorang warga Malaysia yang mapan, sehingga menyumbang kemajuan negara iaitu menjadi warganegara maju menjelang tahun 2020.
Tahniah kepada semua guru di Malaysia atas sumbangan mereka yang telah mencipta jutaan waraganegara yang berpendidikan, bermoral, bersopan santun dan sama-sama membentuk negara maju aman dan damai sehingga tersohor ke seluruh pelosok dunia, bukan itu sahaja malah ada negara lain yang menyanjung tinggi kebolehan guru-guru di Malaysia yang berjaya membentuk anak-anak yang berdisiplin.
Sumber: Admin
0 comments: