02 April 2012

PELANCARAN MINGGU SAHAM AMANAH MALAYSIA (MASM)


YAB Datuk Sri Panglima Musa Haji Aman berucap merasmikan Pelancaran Minggu Saham Amanah Malaysia


31 Mac 2012 - Ahad: Hadir Program Minggu Saham Amanah Malaysia anjuran Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di rasmikan oleh YAB Datuk Sri Panglima Musa Haji Aman Ketua Menteri Sabah bertempat di Dewan Sri Libaran, Sungai Kayu, Sandakan. Majlis berkenaan berlangsung jam 9:00 a.m. hingga 12:30 tengahari.

Hadir pada majlis tersebut; Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Che Othman, YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Ahli Dewan Undangan Negeri N. 43 Sekong dan Ketua Bahagian UMNO Bahagian Batu Sapi, YB Datuk Zakaria Idris Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gum-Gum, YB Datuk Juslie Ajirol Ahli Parlimen P. 184 Libaran, YB Datuk Saddi Abdul Rahman Ahli Dewan Undangan Negeri N. 48 Sukau, Tuan Haji Hamsan Haji Awang Supain Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan orang ramai daerah Sandakan.


 
Ketibaan YAB Datuk Musa Haji Aman di Dewan Sri Libaran, Sandakan Sebelah kanan Encik Zantapa Zainal Abidin Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Sekong


 
Kelima dari kiri YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya ADUN Sekong


 
Duduk ketiga dari kanan Encik Zantapa Zainal Abidin Pemimpin Kemajuan Rakyat Sekong


 
Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi dan duduk ketiga CDO Kawasan Sekong


Ketua Menteri berkata pada perasmian program itu, “Saya percaya kunjungan PNB dan syarikat-syarikatnya ke Sabah akan memberi impak positif kepada lapisan rakyat di negeri ini. Kerajaan Negeri mengalu-alukan penganjuran MSAM pada 20 April yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri."

“Justeru, saya menyeru semua pihak supaya memberikan sokongan yang jitu bagi menjayakan penganjuran MSAM 2012 di negeri ini. Saya juga percaya dengan komitmen dan kesungguhan, matlamat program itu akan tercapai sekaligus memberikan manfaat kepada lapisan rakyat,” Katanya.

Terdahulu Presiden dan Ketua Eksekutif PNB memberitahu, ada hampir Satu Billion Ringgit Malaysia telah dilaburkan oleh rakyat negeri Sabah melalui PNB yang telah melabur di lebih 200 syarikat yang melibatkan perlbagai jenis akriviti dan bidang ekonomi.

Minggu Saham Amanah Malaysia dan perbagai bentuk insiatif dan program yang dilaksanakan oleh pihak PNB dapat menggalakkan kesedaran kepada rakyat negeri ini khusunya golongan bumiputra untuk melabur melalui PNB sebagai rancangan kewangan masa depan yang terjamin.

Antaranya unit-unit saham di dalam Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia, Amanah Saham Bumiputra, Amanh Saham Didik dan Amanah Saham 1Malaysia.


Sumber: Admin


0 comments: