02 April 2012 - Isnin: Hadir Program Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) Fasa Ke-Lima bertempat di Dewan Masyarakat Sandakan diuruselia oleh kakitangan Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan N. 43 Sekong. YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya Wakil Rakyat Kawasan N. 43 Sekong dan Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi berucap menerangkan kepada para penerima kesungguhan
Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu mengurangkan beban mereka dengan pemberian wang RM500 setiap seorang ketua isi rumah penduduk Malaysia yang layak menerima iaitu mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
Orang ramai kalangan ketua isi rumah mendaftar untuk mendapatkan surat tawaran melalui urusetia Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat N. 43 Sekong
YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahaya menyerahkan BRIM kepada warga mas
Sebelah kiri Pegawai Bank Simpanan Nasional dan kanan Cik Puspah kakitangan UPKR Kawasan N. 43 Sekong
Turut hadir Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Y.Bhg. Tuan Hj. Hamsan Hj. Awang Supain, Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO Batu Sapi dan pemimpin masyarakat Kawasan Sekong.
Sumber: Admin
0 comments: