Anda ber “ Jiwa kecil “ atau ber “ Jiwa besar “ ?
Apa sahaja aspek kehidupan di dunia ini amat penting untuk mengamalkan sistem pengurusan emosi dengan baik dan berterusan bagi melangsungkan kejayaan dalam kehidupan.
Sebagai contoh, saya ingin berkongsi dengan anda sebuah sedutan cerita pendek ringkas sebagai suri teladan untuk kita sama-sama ambil perhatian.
Pada suatu peristiwa, ada seorang anak muda asyik mengeluh tentang masalah yang dihadapinya dan tidak dapat menyelesaikannya dan runsing tanpa melakukan apa-apa tindakan, datanglah anak muda itu bertemu seorang tok guru.
“ Saya banyak menghadapi masalah, dunia tidak adil terhadap saya, rakan-rakan, sanak-saudara dan masyarakat? “
Tok guru menjawab soalan anak muda itu dengan berkata. “ Ambil gelas kemudian isikan dengan air selepas itu masukkan segenggam garam dan kacau untuk melarutkannya. “
Tanpa berkata apa-apa anak muda itu melakukan apa yang diseru oleh tok guru tadi. Setelah garam dalam gelas berisi air tadi larut, tok guru berkata.
“ Sekarang minumlah air itu..... apa yang engkau rasa hai anak muda? “
Sebaik sahaja anak muda itu meminum air itu, ia merasa teramat masin hinggakan ia tidak mampu untu meneguknya.
Selepas itu tok guru berkata. “ Ambil lagi segenggam garam, dan mari kita pergi ke tasik di luar sana. “
Merekapun menuju ke arah tasik yang ada di luar rumah tok guru. Sesampai di kawasan tasik tok guru meminta anak muda itu untuk melemparkan genggaman garam ke arah tasik.
Kemudian tok guru mengarahkan anak muda itu untuk meminum air tasik itu.
“ Bagaiman keadaan air tasik yang kamu minum? “ Tanya tok guru.
Anak muda itupun menjawab dengan hati yang senang. “ Air ini terlalu segar tok guru! Dan saya merasakannya sanga enak sekali. “
“ Apakah kamu masih lagi merasa kemasinan garam yang kamu lempar tadi? ” Tanya tok guru pada anak muda itu.
“ Tidak sama sekali tok guru. “ Jawab anak muda.
Pelajaran dari cerita ini dapat kita ambil kesimpulan di mana, garam itu umpama masalah di dalam kehidupan. Setiap orang menghadapinya dengan cara yang sama tetapi bagaimana ia meletakkan masalah, itulah persoalannya.
Jika anda berjiwa kecil, anda ibarat gelas yang kecil, tidak mampu melarutkan masalah itu, dan jika anda berjiwa besar, ibarat tasik yang dihubungkan dengan sumber air yang tidak putus-putus, anda pasti tidak merasa apa-apa kerana masalah sudah menjadi cabaran yang perlu anda larutkan.
Itulah rahsia kejayaan, jika anda ingin berjaya dalam hidup, besarkan jiwamu. Moga anda akan berjaya dalam segala aspek kehidupan.
Inginkan menjadi insan biasa, cabaranpun biasa-biasa. Inginkan menjadi insan luarbiasa, cabarannya pasti luarbiasa.
Renung-renungkan......
Sumber: Admin
0 comments: