Antara acara program, mendengar tiga buah ceramah dari pegawai agensi kerajaan iaitu Majlis Perbandaran Sandakan Bahagian Luar Bandar berkenaan E-Kasih, Jabatan Perikanan Negeri Sabah berkenaan Program Bantuan Kepada Nelayan dan Ko-Nelayan berkenaan Kemudahan Pinjman untuk para nelayan.
Ceramah-ceramah ini antara lain mendedahkan kepada masyarakat khusus yang tinggal dalam kawasan DUN Sekong, kemudahan dan manafaat yang perlu diambil perhatian dan peluang terutama masyarakat nelayan bagi membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi mereka. Bantuan-bantuan seperti set tangkapan ikan, projek pemeliharaan akuakultur air tawar dan laut, kemudahan skim pinjaman, projek hiliran seperti pemprosesan hasil-hasil laut (IKS) dan banyak lagi.
Perkara penting yang perlu di ingat dan dilakukan oleh nelayan atau masyarakat yang ingin memohon kemudahan tersebut adalah mesti berdaftar dengan e-kasih.
E-Kasih adalah pengumpulan penyenaraian maklumat penduduk atau bank-data untuk yang layak menerima bantuan daripada mana-mana kerajaan negeri atau kerjaan persekutuan. Sebagai makluman kepada mereka yang telah tersenarai dalam e-kasih, tidaklah bermakna dengan otomatik mendapat bantuan tetapi perlu membuat permohonan melalui agensi-agensi kerajaan berkenaan bentuk bantuan yang diperlukan yang telah disediakan agar mendapat perhatian, pertimbangan dan kelulusan pihak kerajaan.
YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya ketika merasmikan Program Juara Rakyat Sempena Bulan Agensi Kerajaan
Hadir di taklimat pemantapan jenters pilihanraya UMNO Batu Sapi
Encik Elcospini Gustaham Ketua Cawangan Kg. Pitutan UMNO Bahagian Batu Sapi
Pemimpin-Pemimpin masyarakat hadir di Program Juara Rakyat
YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya memeganf bendera Barisan Nasional untuk diagih-agihkan kepada Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK Pengerusi-Pengerusi JKDB dan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi
YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya ketika menyerahkan bendera Barisan Nasional epada para ketua kampung do Kawasan Sekong.
Ahlijawatankuasa Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi
Pada hari itu juga YB Mejor (K) Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Sijil Watikah Perlantikan JKKK dan JKDB Kawasan N. 43 Sekong.
0 comments: