Penolong Pengurus Wilaya (PPC) bersama Ketua-Ketua Pusat AIM
Pada 29 Februari 2012 yang lepas, AIM Pusat Nur Ikhwan telah menyusun semula pengurusannya dengan persetujuan sebahagian besar sahabat memindahkan kembali lokasi mesyuarat mingguannya ke Kg. Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan.
Dan mengadakan rombakan kepimpinan, majoriti sahabat memilih Puan Amsiah Alam sebagai Ketu Pusat, Puan Ayesha Arasani di kekalkan sebagai Timbalan Ketua Pusat, Puan Suhayfah Samat sebagai Setiausaha dan Puan Dina Roslin dikekalkan sebagai Bendahari yang berkuatkuasa serta merta.
Perubahan dan rombakan drastik ini adalah ekoran salah faham dan urustadbir yang tidak menentu sebelum ini yang mengakibatkan ramai kalangan sahabat tidak berpuas hati yang menimbulkan kerenah yang menjadi bebanan kepada sahabat.terutama penduduk Kampung Keluarga yang telah menyertai AIM sejak tahun 2008. Terdahulu daripada itu mereka meminta saya selaku Pengerusi JKKK membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi selama ini.
Pada 15 Mac 2012, Ketua Pusat Nur Ikhwan Puan Amsiah Alam hadir bersama Puan Dina Roslin Bendahari ke mesyuarat Blok Taman bertempat di Taman Rimba. Mesyuarat berkenaan memutuskan pemilihan wakil dari Pusat Nur Ikhwan menyertai LPS Blok Taman. Puan Amsiah Alam telah dipilih memegang jawatan Timbalan Ketua Blok Taman dan Puan Dina Roslin dipilih memegang jawatan Bendahari Blok Taman.
Pada 16 Mac 2012, mereka menghadiri mesyuarat semua Blok Cawangan bersama Pengurus Wilayah bagi membincangkan hal-hal semasa berhubung pusat dan blok masing-masing.
0 comments: