20 Mac 2012 - Selasa: Hadir Program Karisma 1AZAM bertempat di Sandakan Yacht Club anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dirasmikan oleh YAB Datuk Sri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah.
Pada majlis berkenaan Senator Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengumumkan dan menyerahkan sebanyak 60 buah bot dan enjin telah disampaikan kepada pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri melalui inisiatif menaiktaraf kemudahan pengangkutan luar bandar dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Seramai 436 peserta Azam Niaga dari Parlimen Sandakan menerima barangan untuk memulakan perniagaan. Dato' Sri Shahrizat memberitahu bahawa bantuan yang diberikan adalah bagi membantu golongan berpendapatan rendah menceburi bidang perniagaan berteraskan konsep keusahawanan sosial dan pendekatan kebajikan secara produktif.
Selain itu, veliau memberitahu peruntukan berjumlah RM72 juta telah disampaikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi melaksanakan program 1Azam pada tahun ini.
“Inisiatif ini bakal memanfaatkan kepada 8,250 orang rakyat berpendapatan rendah di Sabah,” kata Shahrizat.
Program bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA) bernilai RM215 juta diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sabah di mana bantuan berkenaan bakal memanfaatkan kepada 71,200 orang penerima bantuan bulananJKM di seluruh negeri ini pada tahun 2012.
Turut hadir YB Datuk Mejor (K) Samsudin Yahya Wakil Rakyat Kawasan Sekong
Ketua Menteri Sabah Datuk Sri Pqanglima Musa Aman dan Menteri Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senato Dato' Shahrizat Abdul Jalil
Pemimpin, pegawai kerajaan dan lapisan masyarakat hadir dalam program berkenaan
Ahlijawatankuasa Wanita UMNO Batu Sapi
Sebahagian dari bot yang disumbangkan untuk beberapa buah kampung di Sandakan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Encik Alawih D. Yusop Pengerusi JKKK Kg. Keluarga dan Encik Elcospini Gustaham Ketua Cawangan UMNO.Pada perasmian majlis berkenaan Ketua Menteri Datuk Sri Panglima Musa Amana berkata:
“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyalurkan peruntukan begitu banyak melibatkan lebih kurang RM250 juta untuk membantu rakyat terutamanya mereka yang memerlukan bantuan sewajarnya.
“Saya yakin dan percaya bantuan ini tentunya memberikan manfaat kepada semua kaum apatah lagi keihklasan dan keprihatinan kerajaan BN sememangnya tidak pernah meminggirkan sesiapa pun kerana apa yang lebih utama bagi BN ialah pembelaan terhadap rakyat,” Katanya.
Sehubungan dengan itu, Datuk Sri Panglima Musa Aman yang juga sebagai Menteri Kewangan Negeri Sabah menyeru rakyat terus memberikan sokongan padu bagi memastikan BN merai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Ini kerana, ujarnya, negeri Sabah ini bukan sahaja bertambah maju tetapi pada masa yang sama rakyat juga menikmati pelbagai bentuk keistimewaan terutamanya melibatkan bantuan inisiatif yang memudahkan mereka berkecimpung dalam industri perniagaan.
Sumber: Admin
Ini kerana, ujarnya, negeri Sabah ini bukan sahaja bertambah maju tetapi pada masa yang sama rakyat juga menikmati pelbagai bentuk keistimewaan terutamanya melibatkan bantuan inisiatif yang memudahkan mereka berkecimpung dalam industri perniagaan.
Sumber: Admin
0 comments: