12 Mac 2012

PENERANGAN PERDANA - PERINGKAT ZON 5


Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman


11 Mac 2012 - Hadir Majlis Penerangan Perdana Peringkat Zon 5 iaitu Bahagian Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Beluran dan Kinabatangan anjuran Penerangan Negeri Sabah bertempat di Dewan Sri Libaran, Kampung Sungai Kayu, Sandakan.

Majlis tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk Samsudin Yahya Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N. 43 Sekong telah di rasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri dan Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Lebih 3,000 orang lapisan masyarakat Sandakan telah hadir menyaksikan program berkenaan datang dari kawasan dalam zon 5, Majlis bermula 8:30 sehingga 12:00 tengahari.

Dua penceramah khas telah berucap; YB Datuk Hj. Taufik Abu Bakar Titingan Timbalan Menteri Kewangan Negeri Sabah dan YB Datuk Masidi Manjun Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Sabah, menepis isu-isu yang telah dibangkitkan oleh pihak pembangkan dalam persaingan menghadapi pilihanraya ke 13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Kebanyakan isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang merupakan janji manis mereka sahaja yang mustahil dapat mereka lakukan.

Terutama isu di mana mereka mengatakan negeri Sabah adalah negeri termiskin dan termundur di Malaysia. Namun apabila kita melihat prestasi pencapaian reseve (simpanan) kewangan negeri sejak Datuk Seri Panglima Musa Aman menjadi ketua menteri, telah melonjak sehingga lebih 3 belion ringgit berbanding sebelumnya.

Ini dapat kita lihat dalam penyampaian ceramah oleh YB Datuk Hj. Taufif Abu Bakar Titingan Timbalan Menteri Kewangan Negeri Sabah mengemukakan fakta jelas dan terperinci menunjukkan bahawa negeri Sabah bukanlah negeri yang misikin, kerana pendapatan per kapita penduduk negeri Sabah pada tahun lepas ialah RM14,000.00 lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Pembangungan Koridor Negeri Sabah tidak tertumpuh pada satu Daerah atau Kawasan sahaja tetapi melibatkan semua Daerah termasuk pendalaman yang mengutamakan pembangunan luar bandar. Selain itu pertumbuhan pembangunan prasarana giat dijalankan selain projek hiliran yang memberi peluang ribuan pekerjaan ditawarkan kepada penduduk negeri Sabah.

Pencapaian Kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sabah perlu dilihat sebagai satu kejayaan Dasar Transformasi Nasional mengaitkan pensejahteraan negara dan rakyat, yang telah diperakui oleh banyak negara dunia di mana Sistem Kerajaan Barisan Nasional merupakan terbaik pada ketika ini mendahului mana-mana kerajaan negara lain dalam pembelaan kepada rakyatnya.


Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya berucap selaku Pengerusi Pelaksana Program Penerangan Perdana Zon 5


Ribuan penduduk dari lapisan masyarakat hadir menyambut ketibaan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman Ketua Menteri Sabah di Dewan Sri Libaran, Sg. Kayu, Sandakan


Semua tempat duduk Dewan Sri Libaran telah dipenuhi


Saya bersama beberapa pemimpin masyarakat yang lain terpaksa berdiri mendengar siri ucapan penerangan


Saya bersama pemimpin masyarakat Kawasan Batu Sapi dengan YB V.K. Liew Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


Bersama KK Muin Yskob Ketua Kampung Lalasun


Barisan Wakil Rakyat Zon 5


YB Datuk Hj. Taufik Abu Bakar Titingan menerima cendra hati daripada YAB Ketua Menteri Sabah


YB Datuk Masidi Manjun menerima cendra hati daripada YAB Ketua Menteri Sabaha


Sumber: Admin


0 comments: