09 Mac 2012

Hadir Mesyuarat Mingguan AIM Pusat Nur Ikhwan


Proses pembentangan pinjman Sahabat di hadapan Pembantu Amanah AIM


07 Mac 2012 ( Rabu ) - Menghadiri Mesyuarat Mingguan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Pusat Nur Ikhwan bermula jam 2:00 petang bertempat di Surau Nur Ikhwan, Kampung Keluarga, Sandakan.

AIM Pusat Nur Ikhwan telah wujud di Kg. Keluarga sejak tahun 2008 bermula dengan tiga buah kumpulan dan kini telah bertambah menjadi 12 kumpulan sahabat. Semua sahabat telah pun mendapat manafaat kelulusan pinjaman mikro daripada AIM.

Pusat Nur Ikhwan termasuk dalam AIM Blok Taman dalam cawangan Sandakan yang terdiri dari lapan pusat iaitu; Kenari Gemilang, Kenari Wawasan, Sinar Rajawali, Wawasan Sri Rimba, Sri Mawar, Sumaya, Sejati dan Nur Ikhwan.

 Pada ketika ini AIM Blok Taman di kawalselia oleh seorang Pembantu Amanah yang baru iaitu Cikgu Nur Suhana mula bertugas minggu ini ( 07 Mac 2012 ) dan akan kekal mengurus pemprosesan permohonan dan bayaran balik pinjaman mikro AIM Blok Taman.

Semasa saya hadir dalam mesyuarat berkenaan, berpeluang menyaksikan proses perjalan permohonan pinjaman oleh sahabtat AIM Pusat Nur Ikhwan. Saya mendapati ianya satu sistem pinjaman yang paling mudah pernah saya lihat. Tidak seperti sistem perbankan lain yang mengenakan pelbagai syarat dalam pemprosesan permohonanan pinjaman.

Di AIM, sahabat berpeluang mendapat pinjaman mikro yang sangat mudah dan tanpa apa-apa cagaran yang diperlukan, cuma perlu kerjasama penuh disiplin sahabat membayar balik pinjaman tepat pada jadual yang telah ditetapkan. Jika ada salah seorang sahabat yang gagal membayar balik pinjamannya, maka sahabat dalam kumpulan atau dalam pusat bertanggungjawab menanggung bayaran balik sahabat berkenaan.

Saya berpendapat, jika semua sahabat memiliki budaya disiplin yang tinggi, masing-masing bertanggunjawab dengan pembayaran balik pinjaman serta mendapat kerjasama bantu membantu antara sahabat, mustahil proses bayar balik pinjaman tertunggak berlaku.

Oleh sebab itu semua sahabat yang terlibat hendaknya menitik berat perpaduan silatur-rahim, sama-sama berkerjasama bantu membantu sesama mereka agar Program Pinjaman yang ditawarkan oleh AIM berpanjangan.

Proses membuat permohonan Pinjaman Mikro AIM adalah bermula dari mesyuarat kumpulan dengan melibatkan semua ahli kumpulan, selepas itu dipanjangkan dan permohonan tersebut dibentangkan di mesyuarat pusat untuk proses pertimbangan dan seterusnya kelulusan pihak AIM.

Jika tidak terdapat sebarang masalah dalam borang atau pembentangan, kelulusan pinjaman mengambil masa hanya tiga hari bekerja. Sahabat akan menerima bantuan pinjaman.


Duduk di sebelah kiri Pembantu Amanah Cikgu Nur Suhana Berdiri Timbalan Ketua Pusat Puan Ayesha Arasani Duduk sebelah kanan Ketua Pusat Puan Amsiah Alam


Sebahagian dari Sahabat-Sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan menghadiri Mesyuarat Mingguan di Surau Nur Ikhwan, Kg. Keluarga


Seorang Pengerusi Kumpulan sedang membaca pembentangan permohonan pinjaman sementara Pembantu Amanah meneliti borang permohonan


Bendahari dan Timbalan Ketua Pusat mengira jumlah bayaran balik pinjaman


Saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat sedia ada, jika menambah ahli dalam kumpulan, carilah yang memiliki komitmen, bertanggunjawab dan berdisiplin selain memiliki wadah ambil perhatian. Pilihlah sahabat menyertai dalam kumpulan yang mempunyai kriteria yang tidak terpengaruh oleh budaya songsang dan mempengaruhi orang lain melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan.

AIM telah berjaya membawa arus perubahan kepada warga wanita melakukan perubahan sosial terutama program ekonomi bagi meningkatkan suber pendapatan selain menggiatkan aktiviti perniagaan masing-masing sehingga berapak di puncak usahawanita yang berjaya. Selain itu, AIM juga berjaya melatih para ahli mendisiplinkan diri membayar balik pinjaman pada masa yang ditetapkan.


Sumber: Admin


0 comments: