04 MEI 2011 - RABU Saya telah menghadiri sesi mesyuarat mingguan Amanah Iktiar Malaysia (AIM) Pusat Nur Ikhwan di Kampong Keluarga, Sandakan. Menurut maklumat terkini AIM melalui Cawangan Sandakan 2 telah pun meluluskan bantuan pinjaman modal kepada sahabat sahabat Pusat Nur Ikhwan lebih dari RM153,000.00 kepada seramai 45 orang sahabat sejak ia diwujudkan di Kampong Keluarga pada tahun 2008 hingga April 2011.
Saya selaku Pengerusi JKKK Kampong Keluarga sangat sangat berterima kasih kepada kerjaan melalui AIM Cawangan Sandakan 2 telah berusaha membantu dengan melibatkan masyarakat Kampong keluarga memohon bantuan pinjaman yang berlandaskan syariah dan tidak membebankan kepada peminjam, kerana ianya tidak perlu ada cagaran dan penjamin untuk satu satu permohonan, ini adalah suatu syarat yang paling mudah pernah wujud.
Dengan adanya program tersebut, ramai sahabat AIM yang tinggal di Kampong Keluarga dapat menjalankan aktiviti perniagaan masing masing dan ada yang telah menyelesaikan beban kekurang modal. Saya percaya suatu hari nanti ramai masyarakat bumiputra dapat meningkatkan perolehan mereka dengan bantuan pinjaman dari AIM.

Timbalan Ketua Pusat dan Bendahari sedang mengira dengan teliti bayaran balik pinjaman oleh semua sahabat AIM Pusat Nur Ikhwan
Dari kiri; Puan Salma Dantalmura Ketua Pusat Nur Ikhwan, Datu Sali Osman Datu Bidin Pembantu Amanah Encik Alawih Dantalmra Pengerusi JKKK Kg. keluarga Puan Amsiah Alam Bendahari Pusat Nur Ikhwan
AIM mengenakan syarat bayaran balik pinjaman pada pertemuan / mesyuarat mingguan di mana semua sahabat yang telah mendapat pinjaman membayar balik pinjman mereka pada sesi mesyuarat bergantung kepada tempoh bayaran balik yang telah dipersetujui oleh sahabat sendiri dan diluluskan oleh Ketua Pusat dan pihak AIM.
Sumber: Admin
0 comments: