08 April 2011

Seminar Memperkasa Peranan Pengerusi JKKK/JKDB, Setiausaha JKKK/JKDB dan Ketua Kampung/Kapitan Cina


Saya dan Encik Nordin Nuramin (Setiausaha JKKK Kg. Keluarga) telah hadir menyertai seminar sehari iaitu Seminar Memperkasa Peranan Pengerusi JKKK/JKDB, Setiausaha JKKK/JKDB dan Ketua Kampung/Kapitan Cina pada 02 April 2011 bertempat di Balairaya Kg. Istimewa, Jalan Batu Sapi, Sandakan anjuran Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kawasan N. 43 Sekong bersama Majlis Perbandaran Sandakan.

Seramai 63 orang pemimpin akar umbi Kawasan N. 43 Sekong terdiri dari Pengerusi & Setiausaha JKKK/JKDB dan Ketua Kampung/Kapitan Cina telah hadir mengikuti program berkenaan dengan tiga pembentangan ceramah iaitu dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diwakili oleh Chief Inspector Tuan Aslam Ahmad, dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Tuan Suhaimi Abdulmanap dan dari Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) oleh Tuan Hj. Hamsan Hj. Awang Supain, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan.

Seminar berkenaan bermula pada jam 8:30 sehingga berakhir pada jam 4:00 petang di mana Perasmian Penutupan Seminar telah disempunakan oleh Yang Berhormat Datuk Mejor (K) Hj. Samsudin Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri N. 43 Sekong merangkap Ketua Bahagian UMNO P. 185 Batu Sapi telah menyampaikan Sijil Penyertaan kepada semua peserta.



DARI KIRI:
Ebcik Abu Bakar Asanul (Ketua Kampung Sundang Laut)
Encik Samli Piting (Pengerusi JKKK Kg. Istiomew)
Tuan Hj. Abdul Wahab Alfah (Penyelaras Seminar / Pegawai MPS)
Tuan Hj. Hamsan Hj. awang Supain (Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan)
Encik Alawih Dantalmura (Pengerusi JKKK Kg. Keluarga)
Encik Nordin Nuramin (Setiausaha JKKK Kg. Keluarga)
Encik Mansor Aukasa (Pengerusi JKKK Kg. Lupak Meluas)



Yang Berhormat Datuk Mejor (K) Hj. Samsuddin Yahya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada Encik Nordin Nuramin (Setiausaha JKKK Kg. Keluarga).



Yang Berhormat Datuk Mejoar (K) Hj. Samsudin Yahya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada Encik Alawih Dantalmura (Pengerusi JKKK Kg. keluarga).



Seminar tersebut amat penting kerana mendedahkan kepada pemimpin akar umbi seperti Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung berhubung peranan dan tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh mereka demi kepentingan kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing. Semua ceramah yang telah disampaikan adalah tepat dan berhubungkait dengan masalah sosial yang duhadapi oleh sebahagian besar kawasan kampung. 

Kami amat berterima kasih kepada pihak kerajaan terutama pihak penganjur seminar yang begitu bertungkus-lumus mengadakan program sedemikian rupa bagi kepentingan dan kebaikkan bersama, selain memberi penerangan tentang pentadbiran kampung mengikut susun-atur protokol terutama program yang diperlukan oleh pihak kerajaan sebagai mencapai kersejahteraan pendduk atau rakyat di kawasan kampung masing-masing.


Sumber: Admin

0 comments: