01 Februari 2011

Jalan Lintas Sibuga & Kg. Keluarga Banjir


Suasana banjir di Jalan Lintas Sibuga sentiasa berlaku setiap tahun pada musim tengkujuh biasanya pada akhir bulan Disember dan Januari. Keadaan ini berlaku sejak siapnya projek Lebuh Raya atau Jalan Lintas Sibuga.

Gambar-gambar di bawah, saya ambil ketika hujan lebat tak henti-henti selama 4 hari berturut-turut yang telah melandah Daerah Sandakan pada 27, 28, 29 & 30 Januari 2011.

Menurut sumber berita dari Sandakan FM, kawasan-kawasan terlibat dengan banjir ketika itu adalah BDC, Kawasan Perumahan Taman Merpati, Taman Rajawali dan Kawasan Batu 2.

Perumahan penduduk kampung di Kg. Keluarga turut terjejas dengan air bah yang menenggelami sebahagian rumah hingga ke paras jendela. Ini berpunca daripada air mengalir dari kawasan Jalan Lintas Sibuga (lihat gambar) di mana aliran airnya menuju ke kawasan Kg. Keluarga.

Biasanya setiap tahun banyak kenderaan yang terkandas dan mengalami kerosakkan apabila banjir melandah kawasan ini selain harta benda masyarakt kampung turut terjejas mengalami kerosakkan.


Pandangana Dari Jalan Lama (Jalan Fook Kim) Di Hadapan Kg. Keluarga


Kawasan terlibat banjir di persimpangan Jalan Lintas Sibuga dengan jalan lama (Jalan Fook Kim)


Arah menujuh ke kawasan Bandar Sibuga Jaya Batu 8 Sandakan.


Arah ke kawasan Perumahan Taman Sibuga, Taman Mawar, Batu Sapi, Sandakan


Kami berpendapat, pihak kerajaan perlu bertindak terutama Kementerian Kerja Raya mengambil perhatian terhadap masalah yang di hadapi oleh masyarakt setempat terutama pengguna jalan raya selain kawasan kawasan sekitar yang terjejas.

Kemungkinan ini berlaku berpunca dari saliran di kawasan itu terlalu kecil sehingga tidak menampung beban air yang mengalir dari kawasan kawasan lain melaluinya. Satu cara yang agak minima dari segi kos pelaksanaannya adalah membesarkan saliran atau anak sungai menuju ke Sungai Jipun.


Sumber: Admin

0 comments: