13 Januari 2011

Mesyuarat Pengerusi JKKK Keluarga Bersama Jemaah Surau Nur Ikhwan



Pada 01 Januari 2011 - Pengerusi JKKK Keluarga Encik Alawih Dantalmura telah mengadakan mesyuarat khas dengan Jemaah Surau Nur Ikhwan mula jam 7:45 malam. Lebih kurang sekitar 30 orang ahli jemaah surau telah hadir pada mesyuarat tersebut.

Agenda utama dibincang pada mesyuarat berkenaan adalah Program Sambutan Majlis Mulidur Rasul yang akan berlangsung pada 15 Februari 2011 depan. Encik Alawih Dantalmura mempengerusikan mesyuarat dengan memberi peluang kepada jemaah surau untuk memilih seorang Pengerusi Jawatankuasa bagi mengurus dan mengendalikan Program Sambutan Majlis Mulidur Rasul pada tahun ini.



Mesyuarat pada kali ini telah memutuskan Enci Abbas Sarawi sebagai Pengerusi Program Maulidi Rasul tahun 2011 dengan pemilihan sebulat suara jemaah surau dalam sidang mesyuarat.

Selain itu beliau telah diberi mandat untuk melantik 10 orang ahli jemaah surau untuk menyertai Jawatankuasa Program Sambutan Majlis Maulidur Rasul tahun ini.



Program berkenaan akan diisi dengan aktiviti seperti bacaan berjanji dan gunting rambut beramai-ramai bayi yang ada di kariah kampung.



Jawatankuasa Program Majlis Sambutan Maulidir Rasul ini akan dari masa ke semasa berbincang mengambil inisiatif berkenaan apa-apa perkara yang perlu dilakukan bagi menjayakan mejlis berkenaan.

Mesuarat berakhir tepat jam 9:30 malam.


Oleh:
Alawih Dantalmura

0 comments: