31 Ogos 2024

Selamat Menyambut Hari Merdeka Malaysia Ke 67

 


Assalamualaikum wr. wb 

Pada tahun 2024 ini, seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Merdeka atau Hari Kebangsaan yang ke-67 iaitu pada 31 Ogos 2024, bersamaan pada hari Sabtu.

Tahun ini, kerajaan telah menetapkan tema Hari Kebangsaan Ke-67 iaitu ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’ yang mana turut digunakan pada 16 September nanti sempena Hari Malaysia Ke-61.

Mari kita semua berusaha memelihara keamanan, keharmonian dan perpaduan yang telah kita nikmati sejak merdeka hingga ke hari ini.

Semoga Hari Merdeka ini menjadi paksi untuk kita semua melangkah ke hadapan dengan semangat yang lebih jitu demi Malaysia yang lebih gemilang.

Bersyukur juga kita kepada Allah SWT sebab dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang aman dan harmoni di negara tercinta, Malaysia ini.

Oleh itu, saya dengan berbekalkan semangat patriotisme mahu mengajak anda untuk terus menyemarakkan keharmonian yang dikecapi selama ini demi Negara yang tercinta dan sekali gus memartabat agenda untuk membina negara bangsa.

Selamat Menyambut HARI KEBANGSAAN 2024,
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas drp:  Admin

16 September 2022

Selamat Menyambut Hari Malaysia dan 9 Cara Mengekalkan Perpaduan Rakyat Malaysia



Salam Sejahtera.

Hari ini Jumaat 16 September 2022 adalah hari bersempena memperingati Hari Pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 2022.

Sehubungan itu saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut HARI MALAYSIA KE 59 kepada seluruh penduduk Malaysia.

Sambutan kali ini julungkali diraihkan di tempat terbuka selepas peristiwa Wabak Covid-19 melanda dunia termasuk negara kita.

Tahun ini negeri Melaka menjadi Tuan Rumah sebagai lokasi Program Sambutan Hari Malaysia Ke 59.

Kebetulan bertepatan dengan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri "KELUARGA MALAYSIA".

Berkait dengan itu saya kongsikan sumber 9 Cara Mengekalkan Perpaduan Rakyat Malaysia, antaranya:

1. Galakkan anak-anak berkomunikasi dengan jiran berlainan bangsa. Ibu bapa disarankan membawa anak-anak berkunjung ke rumah jiran sempena perayaan.

2 Anjur aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum & memupuk kerjasama.

3. Hindari tindakan cetus provokasi kaum. Bagi mengekalkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia, kita hendaklah mengelakkan isu sensitif yang merosakkan rasa muhibah dan perpaduan.

4. Hargai jasa tokoh negara yang berjuang demi kemerdekaan tanah air dan perpaduan negara.

5. Sentiasa patuh undang-undang & tidak terpengaruh anasir luar.

6. Gunakan bahasa kebangsaan. Bahasa Kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan dan rasa harmoni antara kaum di Malaysia.

7. Hayati tema sambutan han kebangsaan. Tema hari kebangsaan dapat menanam semangat cinta kepada negara. Tema Hari Kebangsaan tahun 2022 adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

8. Raikan sambutan perayaan semua kaum di Malaysia secara bersama-sama.

9. Rakyat harus bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Antara cara yang boleh dilakukan adalah menerapkan nilai-nilai perpaduan kepada anak-anak sejak kecil.

"Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, Hari Malaysia hendaklah menjadi sambutan yang mengingatkan seluruh Keluarga Malaysia tentang kekuatan muafakat dan kesepaduan sosial berteraskan integrasi nasional.

"Tanggal keramat 16 Sept wajar dijadikan titik tolak memperhebatkan azam dan menyemarakkan semangat mencari persamaan. Berpijak di bumi yang sama, Keluarga Malaysia perlu terus berdiri menjunjung langit yang sama, menghayati semangat kesetiaan kepada raja dan negara." 
Datuk Sri Ismail Sabri Yakob.


Drp: Alawih D. Yusop

31 Ogos 2020