27 Mei 2026

Pengorbanan dan Keikhlasan: Makna Sebenar Hari Raya Aidiladha



Hari Raya Aidiladha merupakan salah satu perayaan terbesar dalam Islam yang sarat dengan nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

Ia memperingati peristiwa agung pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS, sebagai tanda ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada perintah Allah.

Peristiwa ini bukan sekadar kisah sejarah, tetapi menjadi simbol ujian keimanan yang relevan sepanjang zaman.

Ia mengajar umat Islam bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

Dalam kehidupan seharian, pengorbanan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk seperti membantu golongan memerlukan, berkongsi rezeki, dan mendahulukan kepentingan orang lain.

Salah satu amalan utama pada Hari Raya Aidiladha ialah ibadah korban.

Melalui ibadah ini, umat Islam bukan sahaja menzahirkan ketaatan kepada Allah, tetapi juga memupuk semangat kebersamaan dan kasih sayang sesama manusia apabila daging korban diagihkan kepada fakir miskin dan mereka yang memerlukan.

Selain itu, Aidiladha juga mengingatkan kita tentang pentingnya sifat sabar dan reda dalam menghadapi ujian hidup.

Setiap cabaran yang datang adalah peluang untuk meningkatkan keimanan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Akhirnya, semoga semangat pengorbanan yang disemai pada Hari Raya Aidiladha ini dapat terus hidup dalam diri kita sepanjang masa, menjadikan kita insan yang lebih bertakwa, penyayang dan bertanggungjawab.

Selamat Hari Raya Haji
27 Mei 2026 M / 10 Zulhijjah 1447 H


Oleh: Admin

02 Mei 2022

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1443/2022



اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا

وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إلَّا إيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ , وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ , صَدَقَ وَعْدَهُ , وَنَصَرَ عَبْدَهُ , وَأَعَزَّ جُنْدَهُ , وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَاَللَّهُ أَكْبَرُ , اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada sembahan yang benar melainkan Allah, dan Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan untuk Allah segala pujian.

Allah Maha Besar dengan sebenar-benar Kebesaran-Nya, dan pujian bagi Allah sebanyaknya. Maha suci Allah di waktu pagi dan petang.

Tiada Tuhan melainkan Allah dan tidaklah kami menyembah melainkan-Nya dengan tulus ikhlas menuruti Agama-Nya, sekalipun dibenci oleh orang kafir.

Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja. Dia membenarkan janjinya, membantu hambanya dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab secara bersendirian.Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur.

Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.

Biar hati sejernih air, jangan pula dipenuhi lumpur, kalau salah belum berakhir, diharap diampun dengan rasa bersyukur.

Jika budi dipenuhi ikhlas, jangan ia disulam tuba, jika ada salah yang belum dibalas, harap diampun di Hari Raya.

Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yang tidak disisih.

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Taqobbala-Allahu minnaa wa minkum.



Ikhlas:
Alawih D. Yusop & Keluarga

20 Julai 2021

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha

 


Assalamualaikum wa. wb.

Sempena dihari mulia ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 20 Julai 2021 bersamaa 10 Zulhijjah 1442 kepada semua masyarakat muslimin dan muslimat negara ini khususnya saudara marah dan rakan taulan.

Mudah-mudahan segala pengorbanan kita semua mendapat keberkatan dan pahala yang sebaik-baiknya di sisi Allah SWT. 

Hari Raya Haji atau Qurban pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, kerana kita meraikannya dengan berhadapan dengan situasi sukar pandemik Covit-19 yang telah menular di seluruh dunia.

Akibat dari pada itu, kekangan peraturan menghadkan pergerakan kita termasuk kumjung mengunjung dan majlis-majlis kenduri dan pertemuan yang tidak dapat kita laksanakan.

Ini semuanya adalah demi keselamatan untuk menghalang musibah yang dasyat boleh menjejaskan kesihatan ummah.

Semoga keadaan ini akan pulih kembali supaya rakyat dapat menikmat hidup normal semula.


30 Julai 2020

23 Mei 2020