Majlis disempurnakan Ketua Menteri Sabah selaku presidennya, Datuk Seri Hajiji Noor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.
Dalam ucapannya Hajiji berkata akan memperkukuh citra perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu jajaran lokal dan formula tempatan.
"Gagasan Rakyat sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United," ujarnya.
Tambah Hajiji berdasarkan perubahan sentimen di peringkat akar umbi, rakyat Sabah mahukan parti tempatan bersifat lokal untuk menerajui kerajaan negeri.
"Memang benar, kita tidak seharusnya menolak kerjasama dengan parti nasional kerana kita perlu hidup dalam ekosistem federal dalam sebuah negara. Namun dari segi kerangka governan negeri, rakyat mahukan sebuah kerajaan yang diterajui citra lokal." katanya.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi menerajui gagasan rakyat pada Mesyuarat Agung Khas parti itu awal bulan ini dengan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun sebagai timbalannya.
Ketika ini Gagasan Rakyat mempunyai 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk lima bekas ADUN UMNO dan empat bekas Adun Warisan yang mengumumkan keluar parti.
Ini menjadikan Gagasan Rakyat sebagai parti yang memiliki paling ramai ADUN dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika ini selain parti terbesar dalam kerjasama GRS.
Sumber: Astro Awani
0 comments: