08 September 2022

Melawat Nenek Zannariah dan Abdul Rahman Slaudin di Kg. Keluarga




Saya adakan lawatan ke rumah kediaman Nenek Zannariah Eloh pada Selasa 6 September 2022 di Kg. Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Batu 8, Sandakan.

Laluan ke tempat tinggalnya agak berlecak sebab suasana hujan sejak pagi. Saya berpendapat tak perlu lagi tunggu cuacara kering untuk melawatnya.

Jadi saya mengambil keputusan untuk terus meredah laluan berlecak sepanjang menuju ke kawasan tempat tinggalnya untuk menyampaikan amanah Sedekah pemberian daripada Kakak saya Siti Jaliha Dantalmura untuk diserahkan kepada Nenek Zannaraiah Eloh.

Anak buah saya Amat Pindatun mengiringi saya menunjukkan rumah kediamannya sambil bermain di otak saya "Dalam kedaan laluan berlumpur begini dan walaupun cuaca panas, mungkin sulit untuk Kakak saya berjalan di sini."

"Assalamualaikum Apu."  Saya menyampaikan salam setiba di depan pintu rumah anaknya Puan Ayang.

Saya terkejut melihat keadaannya sudah agak tua dalam usia lanjut, duduk menghadap pintu masuk ke dalam ruang tamu rumah.

Alhamdulillah dapat berbual-bual dengannya bertanyakan keadaan kesihatan kerana sudah lama tidak bertemunya.

Beliau adalah seorang Bidan yang pernah membantu ramai wanita yang melahirkan anak di Kg. Keluarga dan Kg. Melayu.

Lebihkurang 15 minit berada di rumahnya saya meneruskan lawatan ke rumah En. Abdul Rahman Slaudin, seorang kawan yang lama tidak dengar kabar beritanya.




Keadaannya kelihatan tua sebab usia lanjut tidak boleh berjalan jauh, dia hanya bergerak di sekitar laman rumahnya. Tidak boleh berkerja untuk cari nafkah dan mengharapkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ehsan dari anak dan cucunya.

Beliau baik orangnya apatah lagi ada hubungan kekekurgaan dengab dirinya mahupun isterinya. Semasa muda dan cergas, beliau banyak membantu jika saya meminta bantuan dan pertolongannya tanpa mengira penat lelah.

Oleh: Alawih D. Yusop




 

Related Posts:

0 comments: