aku dipelihara dalam rahim mu
dengan izinNya aku lahir
tanpa mu aku tidak kenal akan dunia
seri kasih mu telah membuatkan aku hidup sihat
aku kenal bahasa dari didikan mu
tahu akan huruf dari tunjuk ajar mu
membesar dengan bantuan kedua tangan mu
sihat bertenaga kerana sajian makanan oleh mu
pengorbanan mu
tidak ternilai
sukar dilupa
takkan terbalas
kerana telah lama pergi
tak akan kembali
hanya dapat aku lakukan
mengasihani saudara-mara mu
berbuat baik kepada mereka
seolah-olah aku berbuat baik kepada mu
Wahai Allah!
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
aku mohon pada Mu
cucurilah rahmatMu atas roh almarhumah bonda ku
kasihanilah dia seperti dia mengasihani aku
peliharalah dia seperti dia memelihara aku
sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemelihara
salam sayang bonda ku
Alawih D. Yusop.
0 comments: