17 Ogos 2020

KENYATAAN MEDIA - Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Khairul Firdaus




1. Pemilihan kepimpinan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia iaitu Srikandi dan Armada dilangsungkan dengan jayanya di seluruh bahagian negeri Sabah pada 15 dan 16 OGOS 2020.

2. Pemilihan ini telah memberi petanda dan komitmen jelas Parti Pribumi Bersatu Malaysia untuk bertapak dan mengangkat suara rakyat Sabah apabila kesemua calon-calon bagi kedua-dua sayap parti dari Sabah telah menang jawatan masing-masing.

3. Ucapan tahniah kepada Sdr Ceaser Mandela Malakun menang Naib Ketua Armada Nasional, Sdr Abqaree Fawwaz Abekan, Sdr Rosdi Ghani, Sdr Johainizamshah Johari dan Sdr Henry Hamdan yang menang jawatan Exco Armada Nasional. Bagi sayap Srikandi Sdri Dayang Norhayati Titing, Dato' Redonah Bahanda dan Puan Mizma Apphedullah yang menang jawatan Exco Srikandi.

3. Kemenangan dalam pemilihan ini juga membuktikan keterbukaan pimpinan atasan parti dan ahli parti di semua bahagian untuk menerima serta memberi mandat kepada bakat pimpinan muda dan wanita dari Sabah.

4. Dengan keputusan pemilihan ini, Suara rakyat Sabah akan lebih mudah dibawa dan didengari oleh pihak atasan pimpinan parti dan pimpinan utama kerajaan terutamanya kepada YAB Perdana Menteri sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

5. Melihat kepada keputusan pemilihan ini juga dapat menggambarkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia boleh menjadi pilihan utama dan wadah kepada rakyat negeri Sabah untuk membawa isu-isu rakyat Sabah.

6. Rakyat Sabah perlu memberi ruang dan peluang kepada kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sabah dibawah teraju YBhg Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor untuk mengangkat dan memimpin Negeri Sabah ke arah kejayaan dan kecemerlangan di masa hadapan.


Sumber:  Penerangan BERSATU Sabah


Related Posts:

0 comments: