1. Pimpinan parti yang mendokong Kerajaan Perikatan Nasional haruslah memperlihatkan semangat dan kebersamaan dalam pelbagai perkara terutamanya berkenaan dengaan Pilihanraya Negeri Sabah yang akan tiba.
2. Kenyataan yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Hj Noor sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah adalah sebagai cadangan dan memperlihatkan keterbukannya juga untuk membuka ruang perbincangan diantara kepimpinan parti dalam Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sabah. Pimpinan dan ahli BERSATU Negeri Sabah amat menyokong kenyataan yang disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Hajiji.
3. Seharusnya pimpinan parti politik dalam Perikatan Nasional tidaklah terlalu sensitif kepada sebarang kenyataan daripada ketua pimpinan sesebuah parti dalam gabungan yang sama hingga mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan perpecahan pada akhirnya. Demokrasi politik ini semua pemimpin parti politik mempunyai hak menyuarakan pandangan dan cadangan parti masing-masing kerana pada akhirnya semua perkara itu akan diperhalusi oleh pimpinan semua parti secara bersama dalam mencari sebuah keputusan yang terbaik.
4. Dingatkan kepada semua pihak fokus utama dalam PRN ini adalah untuk menang dan mentadbir negeri Sabah. Perselisihan diantara kita akan memberi lebih ruang kepada parti lawan untuk mencurah minyak agar kita terbakar menjadi debu. Saluran perbincangan dan kerjasama haruslah sentiasa terbuka agar kemenangan ini dapat direalisasikan bersama.
Sumber: Penerangan Bersatu Sabah
0 comments: