30 Jun 2020




Biasanya kalau saya hantar anak ke sekolah, saya singga di gerai jual kuih dekat bulatan ILP dan Kompleks Sukan Sandakan, di hadapan kawasan Penjara.

Terdapat banyak pilihan kuih-kuih tradisional termasuk nasi kuning dan nasi lemak di gerai berkenaan.

Hari ini semasa saya menghantar anak ke sekolahnya, saya melintasi laluan dekat gerai tersebut, saya berkata kepadanya.

" Saya hantar dulu kamu ke sekolah, nanti saya pusing balik ke gerai beli kuih. "

Selepas saya hantar anak ke sekolahnya, saya balik melalui jalan lintas IJM-Sibuga, terlupa sudah saya pusing balik ke gerai kuih.

Setiba saya di Bandar Sibuga Jaya, tiba-tiba teringat pula untuk beli kuih di gerai tadi.

" Tak apalah saya cuba-cuba naik ke pasar, manalah tahu ada menjual kuih tradisi. " Fikiran saya fokus untuk naik ke atas pasar Batu 8 semata-mata hendak beli kuih.

Ketika saya tiba di atas pasar, toleh sebelah kanan Alhamdulillah ada seorang penjual kuih!

Saya terus menuju ke arahnya untuk membeli kuih kesukaan orang rumah (Pulut Inti) kebetulan ada.

Saya tanya penjual kuih.  " Kak ada tak kuih Seri Muka atau Puteri Mandi...? "

" Tak ada dik. "  Jawabnya sambil menunjuk-nunjuk beberapa kuih disusun di atas mejanya.

Saya pun memilih kuih Pulut Inti dan Kari Pap, kemudian saya nak satu lagi jenis kuih.

Kakak tu perkenalkan satu kuih.  " Yang ini sedap dik, kuih ubi. "

" Ya kah..! " Sambil saya menhayati apa gerangan kuih yang dibalut dengan parutan kelapa.

Saya pun bertanya nama kuih tersebut.  " Apa namanya kuih tu Kak..? "

" Kuih Janda. "  Jawab Kakak tu.

Terkejut saya mendengar, rupanya ada juga kuih bernama Janda!

" Okay Kak saya cuba kuih tu, saya nak rasa keenakannya. " Saya beli kuih itu kerana keyunikan namannya.

Kuih Janda diperbuat dari ubi kayu, diletakkan inti pisang di dalamnya dan disalut dengan parutan kelapa putih di bahagian luarnya.

Saya dah rasa memang sedap dan manis.


Admin.

0 comments: