25 Januari 2018

Sandakan Bakal Ada UTC Sendiri, Ke-4 Di Sabah




Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan



Sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan didirikan di daerah ini, menjadikannya UTC keempat di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata Menara Majlis Perbandaran Sandakan dipilih untuk dijadikan UTC tersebut.

Kerajaan meluluskan pewujudan UTC Sandakan ini bagi memenuhi keperluan rakyat di daerah ini dengan kerja penyediaan bangunan tersebut akan dimulakan pada tahun ini, katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Tindakan Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Raymond yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah berkata pada masa kini, tiga UTC di negeri ini iaitu di Kota Kinabalu, Keningau dan Tawau.

UTC merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan bagi menyediakan pelbagai perkhidmatan utama kerajaan dan sektor swasta kepada komuniti bandar di dalam satu pusat sehenti atau satu bangunan.

Ia merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diperkenalkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sektor swasta.


Sumber:  Bernama



0 comments: