05 Mac 2017

Menghampiri 10,000 penduduk Sandakan & Batu Sapi menghadiri Majlis Perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lupak Meluas, Batu Sapi




“Wakil Rakyat bukannya nikmat, namun ia adalah tugas dan tanggungjawab” – Datuk Samsudin Yahya


“Kami sentiasa mengutamakan perpaduan kami serta kerap kali turun padang.” Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Majlis Perasmian PPR Lupak Meluas oleh Perdanan Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat.

Katanya kehadiran yang begitu ramai pada hari ini adalah menunjukkan sokong padu penduduk Sandakan khususnya Batu Sapi kepada parti Barisan Nasional (BN).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong menjelaskan, kepimpinanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengutamakan rakyat kerana berjaya mewujudkan program bantuan kepada rakyat seperti penyediaan; BR1M, KR1M, Klinik 1 Malaysia, Bantuan Persekolahan dan pelbagai program bantuan dan skim khusus semata-mata untuk membantu rakyat.

Dalam pada itu, beliau memohon kepada Perdana Menteri supaya membantu rakyat di Batu Sapi dengan penambahan unit PPR, penyambungan air bersih dari tanah besar ke kawasan kepulauan yang meliputi 14 buah kampung dan terdapat 4 buah sekolah rendah yang tidak pernahmenikmati sumber bekalan air bersih termasuk kemudahan bekalan elektrik.

Jelasnya lagi, terdapat banyak kawasan setinggan di Batu Sapi dan beliau memohon kepada Perdana Menteri supaya mempertimbangkan projek Pembaikan Rumah Kediaman untuk penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan berkenaan.

Katanya, Wakil Rakyat bukannya satu nikmat, namun ia adalah tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang wakil rakyat.


Datuk Samsudin Yahya 


Datuk Seri Najib Razak berucap merasmikan PPR Lupak Meluas, Batu Sapi


Sebahagian daripada hadirin


Sebahagian daripada hadirin


Sebahagian daripada hadirin


Sebahagian daripada hadirin


Datuk Seri Najib Razak menyampaikan replika kunci kepada salah seorang penghuni PPR


Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Cendrahati kepada Datuk Seri Najib Razak



Oleh: Admin


0 comments: