07 November 2015

Melahirkan wanita berwibawa agenda Persidangan Wanita Berwibawa 2015


Melahirkan wanita berwibawa bagi mencapai dasar 30 peratus di peringkat pembuat keputusan merupakan matlamat dalam Persidangan Wanita Berwibawa 2015 sempena sambutan Hari Wanita Sedunia tahun ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting berkata, umumnya mengetahui bahawa dunia masa kini menyaksikan peranan ilmu dan maklumat yang menjadi sumber kuasa dalam hampir semua hal dengan itu penguasaan ilmu dan maklumat amat penting.

“Pada pandangan saya penyebaran ilmu dan maklumat kepada masyarakat harus dijadikan agenda utama kerana ianya mampu menjadi penentu kelangsungan sesuatu bangsa,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Wanita Berwibawa 2015 di Hotel Four Point Sandakan di sini kelmarin.

Malahan, manfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi terkini agar tradisi ilmu menjadi keutamaan menacapai status negara maju menjelang 2020.

”Seiring dengan tema persidangan ini ‘Menjiwai Sari Pati Wanita Berwibawa’ dapatlah golongan wanita memotivasikan diri dalam bidang pengurusan dan kepimpinan kearah pencapaian status wanita berwibawa,” kata beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Majlis Penasihat Wanita Sabah, Hajah Maimunah Hj. Suhaibul ketika ditemui berkata, Persidangan Wanita Berwibawa 2015 kali ini untuk memberikan pendedahan golongan wanita melalui ceramah dan pengalaman yang dikongsikan oleh tokoh-tokoh wanita dinamik yang telah melakar kejayaan dan mencapai kedudukan lebih tinggi di peringkat membuat keputusan.

Kumpulan sasar konvensyen ini termasuklah pemimpin -pemimpin wanita dalam politik, pengurusan awam dan perniagaan dan badan-badan NGOs.

”Program ini juga sebagai permulaan kepada program bersiri Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah ke arah melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang boleh diiktiraf dalam kelompok ‘Women of Substance’ sekaligus meletakkan mereka di peringkat pembuat keputusan sama ada dalam politik, sektor awam, swasta dan badan-badan berkanun dan kerajaan tempatan,” kata beliau.

Persidangan tersebut disertai dengan sesi ceramah oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB), Chenderamata Sinteh, Kaunselor SMK Perempuan Likas, Kota Kianbalu, Dr. Hajah Ananglangka Mad Kassim bersama moderator yang berpengalaman Pengarah Muzium Negeri Sabah, Joanna Datuk Kitingan, Hajah Baiyah Hj Ag. Mahmon, Taherah Tahir, Masniah Othman serta perkongsian pengalaman dari Tokoh Usahawan 2015 sekaligus pemilik syarikat AFCL Bioscince Sdn.Bhd, Anita Mohamad dan Jurutera Solar SWEPA, Barefoot Project, Tarihing Masanim.


Sumber:  newsabahtimes

0 comments: