Datuk Samsudin Yahya menyerahkan kunci kepada salah seorang penerima
Adun Kawasan N. 43 Sekong merangkap Ketua UMNO Bahagian P. 185 Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya menyempurnakan penyerahan kunci rumah kedianan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga kepada ketua isi rumah yang layak menduduki hari ini.
PPR Lintas Sibuga mula dibina pada 27 April 2009 di atas tapak seluas 9.9 ekar merangkumi 500 unit dalam 7 buah blok bangunan. Projek berkenaan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM23.7 juta yang telah siap dibina pada 12 November 2013.
Kini bangun PPR Lintas Sibuga tersergam indah siap untuk diduduki oleh penduduk kawasan Batu Sapi yang terdiri dari masyarakat yang berpendapatan rendah.
Selain keutamaan diberikan kepada penduduk yang terlibat dalam kes kebakaran di Kampung Cendramata, Jalan Batu Sapi.
Hadir pada majlis berkenaan; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 43 Sekong Zantapha Zainal Abidin,
Puan Rahimah Asrah menyaksikan penyerahan kunci kepada salah seorang penerima oleh Datuk Samsudin Yahya
Ketua Isis rumah dan keluarga hadir di majlis berkenaan
Keluarga penerima di majlis penyerahan kunci PPR Lintas Sibuga
Datuk Samsudin Yahya dan Puan Rahimah Asrah bersama para pemimpin masyarakat kawasan Batu Sapi
Sebahagian daripada pemimpin masyarakat yang hadir turut menjayakan program berkenaan
Sumber: Admin
Foto: ehsan dari wanita batu sapi
0 comments: